'Long Tiger Jr mengemis lagak samseng, waspada jenayah lebih berat bila dewasa'


TANGKAP layar rakaman video tular kanak-kanak dipercayai warga asing mengemis dengan gaya samseng. — Facebook

SELEPAS satu klip video menunjukkan seorang budak dipercayai bangsa Rohingya mengemis di jalanan dengan gaya samseng tular di media sosial, netizen mempersoalkan tindakan yang perlu diambil pihak berwajib dalam mendepani isu tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Karunagaran Subramanin berkata, penularan gejala sedemikian tidak terhenti begitu sahaja bahkan mereka mungkin akan melakukan jenayah yang lebih berat apabila dewasa kelak.

RAKAMAN video tular menunjukkan seorang budak dipercayai warga asing mengemis dengan gaya samseng. — Facebook

"Etnik Rohingya dari Myanmar, berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul, ungkapan ini bukan kita nak menghalalkan perbuatan dalang sindiket peminta sedekah yang kian meruncing di sekitar ibu kota, pusat peranginan, kawasan bebas cukai negara seperti di Langkawi.

"Penularan gejala sedemikian tidak terhenti begitu sahaja bahkan mereka inilah kelak akan membawa gelombang yang lebih matang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan melakukan jenayah lebih berat.

"Ini seterusnya akan memberi impak yang lebih dahsyat seperti sindiket pasar awam Selayang yang kini boleh dikatakan satu rangkaian pasar awam Rohingya. Perkara ini akan memudaratkan rakyat Malaysia dan gejala sosial," katanya di ruangan komen sebagai reaksi kepada video terbabit.

komen latest

TANGKAP layar komen Karunagaran berhubung video tular kanak-kanak dipercayai warga asing mengemis dengan gaya samseng. — Facebook

Sementara itu, pengguna Facebook menggunakan nama Suffian Sulaiman pula meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengambil tindakan bagi mengelakkan situasi mengemis di jalanan dalam kalangan kanak-kanak warga asing, menjadi semakin parah.

"Benda ini serius...sindiket makin berleluasa semula. PDRM tolong pantau, tambah anggota rondaan. Malaysia macam-macam hal dah.

"Kalau rakyat buat kerja, rakyat pula ke dalam (penjara), baik tuan-tuan sahaja yang buat kerja (laksanakan tugas)," tulisnya.

komen latest1

TANGKAP layar komen Suffan berhubung video tular kanak-kanak dipercayai warga asing mengemis dengan gaya samseng. — Facebook

Terdahulu, satu video menunjukkan seorang kanak-kanak yang turut dikatakan berbangsa Rohingya meminta sedekah di sebatang jalan raya di ibu kota, dikongsikan Andoryuu Buraddo di laman Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAHI).

Dia mendakwa kejadian itu berlaku di Cheras, Kuala Lumpur.

Bahkan dia turut mendakwa, pengemis mendapat gelaran Long Tiger Jr itu memperoleh RM10 dan RM50 hasil daripada meminta sedekah daripada pengguna jalan raya di lokasi terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram