'Umrah ditangguh, tapi boleh pula melancong luar negara'


PADA Sabtu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari

PENGUMUMAN penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah tidak disambut baik oleh warganet di laman media sosial Facebook yang mana rata-ratanya bengang dengan keputusan kerajaan itu.

Warganet menyifatkan kerajaan bersifat berat sebelah kerana perjalanan umrah sahaja disekat namun perjalanan ke negara lain seperti tujuan percutian dan pelancongan masih berlangsung seperti biasa.

ss

TANGKAP layar komen dari warganet

"Bukan hanya umrah, semua sempadan negara patut ditutup secepatnya. Belajar dari kesilapan. Jangan biar kesilapan berulang. Ini mahu bagi orang luar negara masuk lagi. Macam manalah Omicron ini tidak merebak. Pentingkan perlancongan, abaikan kesihatan orang kita," kata Li Wing Hong.

"Ingin tangguh tangguhkan juga luar negara yang lain. Biar sekali serentak," komen dari pengguna Facebook, Ai Ni.

"Khairy Jamaluddin, tindakan yang betul baru nak dibuat. Terlewat tapi lebih baik dari tak diambil tindakan. Jika dari awal kita mendengar apa yang nabi kata dari awal 'Jangan masuk atau keluar dari kawasan wabak', mungkin hari ini kita tidak seteruk ini. Cuma pesanan untuk KJ, majlis para menteri yang paling banyak tidak ikut Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) dari majlis orang lain. Contohnya lawatan Perdana Menteri yang kesembilan ke mana saja tidak patuh SOP yang jelas boleh dilihat di kaca televisyen apabila ramai orang tidak jaga jarak satu meter. Sekian," kata Mie KeCheq.

Tidak kurang juga, ada segelintir komen dari warganet yang mempersoalkan keberkesanan vaksin dan vaksin tambahan yang disyorkan oleh pihak kerajaan.

"Yang ingin pergi umrah semua wajib vaksin. Siap ramai yang sudah booster. Tapi masih dijangkiti. Ya, tahu katanya walau dah divaksin, tetap boleh menjangkiti. Cuma risiko kurang. Kalau dah tahu risiko kurang, kenapa masih nak tutup? Boleh nampak masih takut walau ada vaksin. Jadi apa guna vaksin, " kata pengguna Facebook, Hati Ku.

"Jadi apa masalahnya. Ingin kalut kenapa. Lebih 98 peratus sudah penuh vaksinasi. Itu lah kegunaan vaksinasi. Ingin hidup cara normal. Tapi kalau sudah tiga dos nak masuk empat dos masih takut Covid dan masih tidak boleh hidup cara normal. Itu menunjukkan vaksin yang tuan puan ambil langsung tidak berguna, " komen dari pengguna, Hafizan Fizziana.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ekoran sebanyak 2,763 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba di pintu masuk antarabangsa negara dari 1 Januari hingga 30 Disember 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram