PERCAYA atau tidak, isu menyusukan anak di tempat awam dilihat cukup sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tidak hairanlah, ada yang bersikap terbuka dengan pilihan untuk menyusukan anak di tempat terbuka sementara satu lagi pihak bersikap konservatif dengan melihat perkara itu perlu dilakukan di tempat yang tertutup.
Terbaharu, tular di Twitter selepas seorang wanita bernama nadmasrom memuat naik tangkap layar sebuah komen berkaitan dengan penyusan anak di tempat awam.
Menerusi komen di dalam tangkap layar itu, pengguna media sosial yang dipadamkan namanya meminta supaya wanita itu menyusukan anaknya di dalam kereta dan bukannya di kawasan terbuka.
Normalisasikanlah penyusuan di tempat awam.
Tak perlulah pandang hina wanita yang bergelar ibu ni untuk beri 'makan' bayi mereka di mana-mana.
Mereka cuma menyusu, bukan buat perkara tak senonoh. pic.twitter.com/XfPqSrT24f
— nadmasrom (@nadmasrom) December 2, 2021
CIAPAN yang meminta supaya penyusuan anak di tempat awam dinormalisasikan. — Twitter
Namun, Nadmasrom tidak bersetuju dan berpendapat bahawa penyusuan anak di tempat terbuka harus dinormalisasikan.
"Tak perlulah pandang hina wanita yang bergelar ibu ni untuk beri 'makan' bayi mereka di mana-mana.
"Mereka cuma menyusu, bukan buat perkara tak senonoh," katanya.
Jelasnya lagi, ibu-ibu yang menyusukan anak di luar sudah pasti membuat persiapan awal.
ANTARA komen yang ditinggalkan warganet berkenaan dengan isu penyusuan anak di tempat awam. — Twitter
Beberapa komen lain turut menyokong wanita itu dan berpendapat bahawa tidak perlu malu untuk menyusukan anak di tempat terbuka asalkan dilakukan secara tertutup.
Namun, ada juga yang beranggapan bahawa menyusukan anak di tempat awam itu tidak salah, cuma perlu berhati-hati dengan golongan mata keranjang yang cuba mengambil kesempatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram