Anggota penguat kuasa main TikTok, KPDNHEP tampil beri penjelasan


  • Primer
  • Jumaat, 03 Dis 2021

TANGKAP layar video tular yang menunjukkan seorang anggota penguat kuasa bermain TikTok ketika bertugas. — Facebook

SUSULAN penularan satu video TikTok memaparkan seorang anggota beruniform merakam dirinya di dalam kereta bersama orang kena tuduh (OKT) dan dimuat naik sebagai content aplikasi itu, ramai tertanya penguat kuasa tersebut daripada agensi mana.

Ada yang mendakwa anggota itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun netizen lain menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan lencana pada uniform yang dipakai wanita tersebut tidak sama dengan pasukan seragam biru itu.

Begitupun, netizen berjaya mengenal pasti anggota terbabit adalah penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berdasarkan lencana yang dipakainya.

VIDEO tular seorang anggota penguat kuasa bermain TikTok ketika bertugas. — Facebook

Ketika dirujuk berhubung penularan video itu kepada pihak kementerian, jurucakapnya tampil memberi maklum balas segera.

"KPDNHEP mengambil maklum berhubung video penguat kuasa terbabit.

"Pihaknya kementerian akan menjalankan siasatan dalaman dan tindakan akan diambil jika terdapat kes," kata jurucakap kementerian itu kepada Majoriti.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat sebelum ini berkata, pihaknya pernah mengingatkan semua penjawat awam khususnya badan beruniform atau memakai pakaian rasmi jabatan supaya tidak menggunakan media sosial untuk berhibur ketika sedang bertugas atau berada di luar tugas.

Menurutnya, tindakan itu tidak wajar dilakukan walaupun mereka di luar waktu bekerja kerana boleh menimbulkan persepsi negatif kepada perkhidmatan awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram