SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak pergerakan yang disekat dan diperketatkan.
Begitu juga perihalnya penghantar makanan yang sebelum ini sudah menjadi kebiasaan untuk menghantar hingga ke depan rumah, tetapi kini tidak lagi.
Kalau di rumah teres masih boleh dihantar hingga ke depan rumah, tetapi kalau di rumah kondominium yang mempunyai pengawal, biasanya makanan akan diletak di satu sudut khas di ruangan lobi rumah tersebut.
Namun, tular di media sosial berkenaan satu status Facebook yang dimuat naik Major Subash Chandrabose Arumugam Pillai berkenaan dengan isu penghantar makanan.
Dia memuat naik satu laporan berita yang mengatakan bahawa seorang wanita melempar air minuman kepada seorang penghantar makanan dan pengawal yang enggan membawa minuman itu ke rumahnya.
"Saya ingin mencadangkan bahawa syarikat penghantar makanan patut senarai hitamkan pelanggan kurang ajar seperti ini.
"Kalau pengawal keselamatan tidak beri kebenaran maka bagaimana penghantar nak naik ke rumah?
"Kalau biadab sangat, baik pergi ke kedai dan pesan sendiri," katanya.
Antara komen yang meminta supaya pelanggan itu dikenakan tindakan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang menegur tindakan wanita tersebut yang dianggap sebagai kurang ajar.
Malah, ada juga yang mahukan mangsa terbabit membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram