Priyanka Chopra akui hidupnya sukar tanpa Nick Jonas sejak tahun lepas


  • Hiburan
  • Khamis, 02 Dis 2021

Priyanka menghargai betapa fleksibelnya Nick demi rumah tangga mereka sepanjang tahun lepas. — Agensi
AKTRES dan jelitawan, Priyanka Chopra mendedahkan bahawa hidup berjauhan daripada suaminya sejak tahun lepas bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelakon berusia 39 tahun itu yang menjalani penggambaran siri terbaharu, 'Citadel' di London sejak 12 bulan lalu, mengakui bahawa hidup terpaksa berpisah dengan suaminya, Nick Jonas, 29 untuk tempoh itu merupakan sesuatu yang sukar.

Priyanka berkahwin dengan Nick pada 2018 dan sebelum ini tinggal bersamanya di Amerika Syarikat.

"Tahun lepas sungguh sukar, sungguh sukar untuk berada berjauhan dengan suami sepanjang tahun, terutamanya pada masa anda tidak dapat melancong untuk bertemu keluarga.

"Saya hanya bersendirian," katanya.

Pelakon itu dan Nick, perlu dikuarantin sebelum mereka dapat menghabiskan masa bersama sepanjang tahun lalu.

Priyanka mengakui bahawa ia menjadikan hidupnya sulit untuk bersama pasangan yang disayanginya.

"Ia adalah rumit tetapi kami berjaya melaluinya.

"Kami memahami situasi masing-masing demi cita-cita serta kerjaya untuk jangka panjang," ujarnya.

Bintang Baywatch itu turut memberitahu, dia dan suami sentiasa berhubung, mengutamakan satu sama lain dalam setiap perkara dan melakukan perkara yang mengeratkan hubungan mereka sepanjang jarak jauh.

Katanya lagi, dia dan suami mempunyai kerjaya masing-masing serta tidak pernah campur tangan dalam kehidupan profesional antara mereka.

"Kami akan mempunyai pendangan tentang perkara masing-masing dan ada kalanya berselisih pendapat.

"Tetapi keputusan itu kebanyakannya kami berdua yang putuskan kerana kami telah membina kerjaya kami sendiri untuk masa depan," kongsinya.

Priyanka juga menghargai betapa fleksibelnya Nick sejak tahun lepas.

"Seperti yang saya katakan, kebelakangan ini adalah sukar untuk saya berada di London.

"Dia (suami) sanggup melakukan apa sahaja untuk meluangkan masa termasuk datang sekadar untuk makan malam dan pulang semula ke Amerika Syarikat," tambahnya lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram