MENTERI Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin tiba di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor pada malam Rabu bagi memantau situasi sebenar kes penularan Covid-19 di sekolah itu.
Difahamkan, seramai 65 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 disahkan positif wabak itu.
"Ini merupakan kali pertama SBP (Sekolah Berasrama Penuh) kena kes sebanyak ini.
"Doakan dipermudahkan segala urusan. Akan update dari masa ke semasa," kata Kumpulan Komunikasi menteri itu di laman Twitter.
VIDEO yang dikongsi ibu salah seorang pelajar, Liza Liz di Facebook.
Dalam pada itu, beberapa ibu bapa dilihat melahirkan kekesalan masing-masing di laman Twitter dan Facebook berhubung insiden itu.
CIAPAN di Twitter yang mendedahkan punca sebenar kejadian.
Dakwa seorang pengguna Facebook, خايرول افيزا إسماعيل, penularan itu bermula apabila dua guru dijangkiti Covid-19, meskipun semua pelajar didapati sihat dan lulus ujian saringan air liur apabila ibu bapa melepaskan mereka ke sekolah itu.
Dakwanya, 170 kontak rapat sedang dikuarantin manakala pelajar yang dijangkiti wabak itu akan dibawa ke MAEPS, Serdang.
"Dear Khairy Jamaluddin dan Dr Radzi Jidin, minta jasa baik follow up kes Covid-19 yang merebak dalam asrama Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.
"Bubble pendidikan kononnya dijamin selamat, tapi kes dah merebak dalam asrama," dakwanya menerusi laman Facebook.
ANTARA komen ibu bapa di Facebook.
Belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Radzi, Khairy mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu setakat ini.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram