PENDEKATAN melalui perbincangan dan konsultansi dikatakan menjadi jalan terbaik untuk membawa perubahan terutamanya apabila membabitkan isu sensitif seperti arak dan judi.
Seorang pengguna Facebook, Fared Hassan mendakwa, dia pernah keluar bersama dengan beberapa rakannya yang berbangsa India, yang mana salah seorangnya pernah menjadi Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan.
Fared berkata, di tempat rakannya itu terdapat kedai runcit yang menjual minuman keras.
"Masyarakat tempatan tanya sama ada dia boleh bantu? Dia setuju dan bawa perkara tersebut dalam mesyuarat.
"Seperti yang dijangka, wakil cauvinis sekular paling kuat menentang. Meskipun ditunjukkan bukti budak-budak sekolah bawa beer (arak) ke sekolah, diorang (mereka) tetap tak nak sokong. Antara alasannya, arak digunakan dalam upacara keagamaan mereka.
"Akhirnya perkara tersebut diundi dan Majlis setuju untuk tidak baharui lesen penjualan arak kepada convenience store tersebut. Mereka akur dengan arahan," katanya menerusi laman Facebook.
Mengulas lanjut, Fared menasihati orang ramai supaya membuat kebaikan apabila mendapat kuasa.
"Sistem pendidikan kita mencukupi untuk handle (diuruskan).
"Penentang kebaikan sentiasa ada. Jangan takut gunakan kuasa sebab kebaikan rakyat lebih penting," katanya.
Jelas Fared, negara maju lebih ketat untuk mengawal selia perkara yang tidak selari dengan kebaikan dan aspirasi negara.
Memberi contoh judi atas talian dan peraturan alam sekitar di Jepun, Fared berkata, tindakan tegas kerajaan lebih disukai rakyat berbanding tindakan yang lemah dan tidak tetap pendirian.
"Masyarakat yang maju ialah masyarakat yang gunakan akal untuk timbang buruk baik.
"Bukan yang ikut logo parti untuk buat pendirian. Yang puak agama sendiri pun cakap arak haram (tetapi) pergi ikut cakap pemimpin dia sekat arak tak selari dengan Rukun Negara tu dah kenapa?" soalnya.
Tangkap layar komen netizen di Facebook.
Memberi respons mengenai perkara itu, seorang pengguna Facebook, Md Nazri Ali mempersoalkan hak waris mangsa yang maut akibat dilanggar oleh pemandu mabuk.
"Dalam Islam, nyawa dibalas nyawa atau pun dibayar diat pada kadar yang telah ditetapkan. Tapi pada masa ini setiap pemandu hanya didenda berapa ribu ringgit saja atau digantung lesen selama dua tahun?" soalnya.
Khairul Tigerhw pula menulis: "Wajib hukuman mati bagi pemandu yang langgar sehingga orang tak bersalah terbunuh." — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram