'Patut 3pm check in hotel, tapi dah 8pm bilik tak siap lagi'


RAMAI yang berpusu-pusu membuat tempahan hotel untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga. — Gambar hiasan/Agensi

INDUSTRI pelancongan dan hospitaliti kembali sibuk sejak kerajaan memberi kebenaran kepada rakyat untuk merentas negeri.

Bagaimanapun, bagi seorang pengguna Twitter, @sitiawe_ berkata, kesibukan itu telah melewatkan proses untuk check-in ke dalam bilik di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur.

Menerusi satu ciapan di Twitter, wanita berkenaan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati dengan servis yang diberikan oleh hotel terbabit.

IMG_2606

TANGKAP layar ciapan @sitiawe_. - Twitter

"Hotel bukan main mahal. Patut check-in pukul 3.00 petang, ni dah nak dekat pukul 8.00 malam bilik pun masih belum ready.

"Masa PKP haritu bukan main pecat staf, ni dah open for booking tak boleh cater pulak. Kalau tak boleh cater jangan la open," tulisnya dalam satu ciapan yang dibuat pada Sabtu (6 November).

Namun dia tidak keseorangan apabila beberapa pengguna Twitter juga berkongsi pengalaman mereka yang turut melalui situasi sama di hotel berlainan.

IMG_2600

TANGKAP layar beberapa respons warganet di Twitter pada ciapan @sitiawe_. -Twitter

"It's every where now, even dekat Desaru pun orang hadap benda sama sejak September. Jadi, sebelum booking mana-mana tempat please baca reviu dahulu dekat Google atau page hotel tersebut di Facebook.

"Sebab kami tempah bilik di Tunamaya Desaru pun sempat cancel selepas baca reviu," kata seorang pengguna Twitter, @antaintiom.

"It's their fault jugak sebab buka lebih daripada kapasiti. Mereka patut lebih tahu dengan tenaga kerja yang ada, berapa bilik sahaja yang boleh tawarkan pada pengunjung.

"Kalau nak buka kapasiti penuh pun, mereka patut memanggil semula pekerja lama (jika ada yang berminat) atau hire pekerja sambilan harian," tulis seorang pengguna Twitter, @queznl.

"Dulu mungkin ramai pekerja warga asing, sekarang dah tak boleh bawa masuk lagi. Nak hire staf pun bukan murah, minimum pun RM 1,200.00," ujar seorang lagi pengguna Twitter, @HalmyMd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram