Lumrah manusia tidak pernah berasa cukup, didik jiwa ucap alhamdulillah dalam setiap pekerjaan walau sekecil mana pun urusan


  • Mukmin
  • Rabu, 15 Jan 2025

Bawalah hati yang sentiasa memuji dan bersyukur kepada ALLAH walau di mana dan apa sahaja kita lakukan.

SEMUDAH dengan ucapan syukur alhamdulillah dalam apa jua kejadian atau suasana, sesebuah keluarga itu sudah boleh mengecapi hidup aman bahagia. Itulah kata-kata hikmah daripada penceramah bebas, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa.

“Ada bagusnya jika kita menilai kembali tahap iman dan periksa jiwa. Apakah masih gundah-gulana dan bagaimana hubungan bersama pasangan dan anak-anak pula?” ujar beliau.

Lumrah manusia yang tidak pernah berasa cukup, walau nikmat yang DIA beri tidak terbilang. Kecenderungan manusia mahu membandingkan diri dan kehidupan sendiri dengan orang lain yang memiliki jauh lebih adalah perkara biasa.

BACA LAGI: Lahad Datu 'takluk' Amerika, ungguli carta top 5 filem pilihan media antarabangsa

BACA LAGI: 'Intro' singa ikonik filem terbitan syarikat Hollywood rupanya pernah ditukar 5 kali, tercetus dari idea skuad olahraga universiti

“Tetapi itu perihal dunia. Walhalnya kita mesti memandang pada orang yang memberatkan akhirat dan berusaha untuk menjadi seperti mereka.

“Bahagia datang dari syukur dan segalanya bermula dengan kita. Jika menerima segala cabaran dan keadaan dengan hati yang terbuka sambil mengucap syukur, maka tempiasnya akan mengena orang sekeliling khususnya keluarga,” katanya.

1-25_53_725989

Apabila pulang membawa rasa syukur kita akan melihat perubahan diri dan seisi keluarga secara perlahan-lahan.

Ustazah Norhafizah menyeru untuk orang ramai percaya apabila pulang membawa rasa syukur, kita akan melihat perubahan seisi keluarga secara perlahan-lahan.

“Ucapkan alhamdulillah dalam setiap pekerjaan, walau sekecil mana pun urusan. Begitulah resam orang Islam yang sentiasa mengucap alhamdulillah dari mula bangun tidur, keluar tandas dan apa jua gerak-geri setiap hari.

“Malah, tengok cermin sekali pun harus mengucapkan syukur dan memuji pada yang pemberi nikmat. Lafazkan doa, “Ya ALLAH, seperti mana Engkau cantikkan rupa paras ku, perindahkan juga akhlakku. Dan indahnya solat, kita mengucap Alhamdulillah pada setiap rakaat melalui surah Al-Fatihah,” kongsinya.

ALLAH maha mendengar orang memuji-NYA. Oleh itu, bawalah hati yang sentiasa memuji syukur walau di mana atau ke mana sahaja.

Sebagaimana ucapan Ustazah Norhafizah, Insya-ALLAH semua selamat, beres belaka.

download (4)

Ustazah Norhafizah

Ustazah Norhafizah turut berkongsi sebuah kisah mengenai seorang wanita tua yang sentiasa menunaikan solat di masjid. Setiap kali menjejaki rumah ALLAH, dia tidak pernah datang dengan tangan kosong. Sentiasa membawa makanan yang dimasaknya sendiri sebagai jamuan kepada tetamu masjid.

“Ada yang bertanya, tidakkah membebankan setiap hari memasak untuk bilangan orang yang ramai dan mengakhiri malam dengan pulang dalam keadaan keletihan?

“Makcik itu menjawab, dia pulang berisi. Dalam erti kata lain maksudnya, ALLAH pasti akan memberi ganjaran daripada kebaikan yang dilakukan,” ujarnya.

Dikatakan, makcik itu bukan orang pandai, memasak sahaja yang dia tahu. Mengajar orang tidak mungkin, dia cuma mampu masak jamu orang makan.

Suatu hari, makcik tersebut dilanggar kereta sewaktu keluar dari kawasan masjid. Kata orang yang datang membantu termasuk mereka menyambutnya di hospital, makcik itu tidak berhenti melafazkan Lailahaillah dan Alhamdulillah sehinggalah nyawanya dicabut.

Umpama sudah menjadi rutin buat arwah memasak setiap hari untuk disedekahkan kepada masjid. Oleh itu, masjid tersebut mula menjadi tumpuan golongan susah mendapatkan bantuan makanan kerana mereka semua tahu ada seorang wanita di masjid berkenaan akan memberi makan setiap hari.

1411709

Dorong pasangan dan anak-anak membiasakan lidah melafaz alhamdulillah agar kehidupan sentiasa cukup dan berada dalam rahmat ALLAH.

Wanita tersebut menjaga solatnya dan sentiasa beribadah pada waktu malam. Bahkan, tidak lokek menyimpan duit untuk diri sendiri kerana setiap rezekinya disedekahkan kembali kepada mereka yang lebih memerlukan.

”Dimaklumkan oleh anaknya, sebelum makcik itu meninggal dunia arwah menginfaqkan gelang emas kepada orang susah yang kebetulan datang meminta bantuan.

Kesimpulannya, tiada siapa yang pulang dari rumah ALLAH dengan tangan kosong. Wanita tua tadi pula pergi bertemu pencipta-NYA dalam keadaan penuh kesyukuran.

Walau dalam apa jua keadaan, didiklah jiwa untuk terus bersyukur atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan.

Dorong pasangan dan anak-anak agar membiasakan lidah melafaz Alhamdulillah agar kehidupan berkeluarga sentiasa cukup dan terus berada dalam rahmat serta lindungan-NYA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram