Bacaan Qunut Nazilah tak sepatutnya digunakan doa kehancuran seteru politik — Saifuddin


  • Politik
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Saifuddin beranggapan bahawa tindakan membacakan Qunut Nazilah kepada lawan politik sebagai suatu perbuatan yang melampau.

BACAAN Qunut Nazilah tidak sepatutnya digunakan untuk mendoakan kehancuran terhadap seteru politik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin.

Datuk Seri Saifuddin berkata sedemikian bagi mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang membaca Doa Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.

Memetik laporan Buletin TV3, Saifuddin beranggapan bahawa perbuatan tersebut melampau dan menyalahi prinsip Islam.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sukan sesama murid, bukan lawan musuh', mufti desak KPM siasat sekolah laung Qunut Nazilah

BACA LAGI: Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu nafi peningkatan kes rotavirus, nasihat sentiasa cuci tangan selepas guna tandas, tukar lampin anak

“Saya sebagai Menteri Dalam Negeri ingin mengingatkan bahawa sebarang bentuk serta amalam ekstremis dan pelampau seperti ini harus ditolak oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata demikian pada sidang media pada Jumaat.

"Saya katakan bahawa perbezaan politik tidak sepatutnya disamakan dengan pendekatan takfiri atau khawari yang melihat berbeza politik itu sebagai lawan yang kita patut doakan kehancuran.

"Ini bukan akhlak politik Islam, perbezaan pandangan politik tidak boleh jadi alasan untuk menghakimi iman atau soleh seseorang itu," katanya.

Pada Khamis, Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail membaca Doa Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram