[VIDEO] Gara-gara peluk peminat basah atas pentas, penyanyi terkenal Brazil maut kena renjatan elektrik


  • Hiburan
  • Rabu, 24 Jul 2024

Penyanyi, Ayres Sasaki meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di Hotel Solar di Salinopolis, Brazil pada Sabtu lepas.

SEORANG penyanyi terkenal Brazil, Ayres Sasaki meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik selepas dipercayai memeluk peminat yang berada dalam keadaan basah semasa persembahannya di Hotel Solar di Salinopolis, Brazil pada Sabtu lepas.

Pada awalnya, Ayres menyentuh peminat yang berada dalam keadaan basah kuyup sehingga mencetuskan renjatan elektrik kepada kedua-duanya.

Bagaimanapun, masih tidak dapat disahkan punca peminat itu berada dalam keadaan basah kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis.

BACA LAGI: Campur ayat al-Quran dengan muzik 'jedaq jedug' bukan cara mulia pikat cintai kalam suci

BACA LAGI: [VIDEO] Penjenayah bersenjata Colombia menyamar polis, lebih 2 juta barang kemas ‘lesap’

Dalam pada itu, polis berkata, saksi kejadian sudah memberikan keterangan kepada pihak polis selain laporan telah diterima.

The Solar Hotel menerusi satu kenyataan di Instagram mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama secara sepenuhnya dengan siasatan ke atas kematian Sasaki.

"Kami berdedikasi sepenuhnya untuk memberikan sokongan kepada keluarganya dan mengambil langkah yang perlu.

"Kami mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berwibawa bagi mendapatkan penjelasan yang sewajarnya mengenai insiden itu.

"Ucapan takziah kami bersama keluarga dan rakan Ayres Sasaki pada masa yang sukar ini," katanya.

Untuk rekod, lelaki berusia 35 tahun itu baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 11 bulan yang lepas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram