Sekalikan korban dan akikah? Ada sebab lebih afdal daging sembelihan diasingkan


  • Mukmin
  • Jumaat, 31 Mei 2024

Korban merupakan sunnah muakkadah iaitu amalan sunnah yang amat digalakkan.

HARI Raya Aidiladha atau disebut juga sebagai Hari Raya Haji merupakan salah satu perayaan yang sangat bermakna kepada umat Islam.

Dari sudut bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana ALLAH. Manakala dari sudut syarak, korban bermaksud menyembelih haiwan ternakan pada masa yang tertentu dengan niat taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada-NYA.

Justeru, korban merujuk kepada amalan yang dapat mendekatkan diri kepada ALLAH dengan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu, unta, kambing dan kerbau yang cukup syarat pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya iaitu hari-hari tasyrik.

BACA LAGI: [VIDEO] Aspek hukum kes 2 wanita langkah kubur dirujuk kepada Jakim, Jabatan Mufti

BACA LAGI: Ikhtiar cari orang hilang di hutan, ada baiknya jaga adab dan masa afdal solat hajat

WhatsApp Image 2024-05-29 at 23.37.20

Umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha.

Selepas melakukan ibadah korban, daging sembelihan itu dituntut agar diagihkan kepada umat Islam, khususnya kepada golongan fakir miskin yang amat memerlukan.

Umat Islam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan ibadah korban memandangkan ia merupakan sunnah muakkadah.

Bagaimanapun, segelintir orang memiliki keinginan untuk menggabungkan di antara ibadah korban dan juga akikah memandangkan terdapat ahli keluarga yang baru sahaja melahirkan anak.

Ramai juga cakna akan perbelanjaan untuk seekor haiwan yang boleh menelan banyak kos.

553 (2)

Ibadah korban kebiasaannya dijalankan semasa Hari Raya Aidiladha.

Persoalannya, apakah ibadah korban dan akikah boleh digabungkan sekali?

Tampil menjelaskan hal itu, seorang pegawai syariah, Mohd Amirul berpendapat lebih afdal jika diasingkan.

“Kalau nak kongsi korban dan akikah pun boleh, kalau tak nak kongsi pun boleh,” katanya.

Ini kerana, Mohd Amirul berkata, jika timbul masalah adalah lebih baik untuk tidak menggabungkannya walaupun hukum berkongsi lain-lain jenis ibadah adalah harus mengikut mazhab As-Syafie.

"Jika kuantitinya terlalu banyak sehingga tidak dapat diasingkan antara bahagian korban dan akikah hingga bercampur hak peserta korban dan akikah, maka jalan yang terbaik adalah tidak menggabungkannya," katanya.

19032022063822-MIRITPETIKUSAN-Kebumen-1

Umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah korban semasa Hari Raya Aidiladha.

Mohd Amirul turut berkata, para ulama memiliki berbeza pandangan dalam isu menghimpunkan niat korban dan akikah dalam satu sembelihan.

“Sebahagian ulama Syafieyyah mengharuskan korban dan akikah boleh digabungkan (kongsi) pada satu ekor lembu atau unta yang dibahagikan kepada tujuh bahagian,” tulisnya.

Mohd Amirul turut menjelaskan sebab lebih afdal diasingkan adalah kerana kedua-dua ibadah itu memiliki tuntutan yang berbeza.

“Ibadah korban dituntut untuk dilakukan pada setiap tahun, manakala ibadah akikah memadai seumur hidup sekali sahaja,” katanya.

Selain itu, korban dan akikah memiliki perbezaan dari sudut niat.

“Peserta wajib berniat korban untuk dirinya sendiri kerana tidak sah ibadat korban tanpa niat.

"Manakala jika ibadah akikah, ibu bapalah yang niatkan akikah untuk anaknya,” katanya.

Memetik Pejabat Mufti Persekutuan, mengikut Mazhab Syafie, tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam satu masa.

Ini kerana, meskipun korban dan akikah adalah dalam jenis yang sama iaitu sembelihan, namun kedua-duanya adalah ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.

Mohd Amirul turut berkata, jika berkongsi bahagian korban dan akikah dalam satu ekor lembu, pengendali atau urus setia program perlu peka semasa mengasingkan di antara bahagian daging korban dan bahagian daging akikah.

"Perlu diketahui, setiap bahagian daging itu ada tuannya yang berhak ke atas daging tersebut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram