SATU peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlaku pada Selasa apabila negara berkenaan dilanda hujan paling lebat dalam rekod sejak 75 tahun lepas.
Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara.
Lebih membimbangkan, hujan yang berterusan keluar dalam tempoh kurang 24 jam mengakibatkan beberapa kenderaan mulai ditenggelami air.
Susulan kejadian itu, masjid di UAE sudah mulai meminta para penduduk agar melakukan solat di kediaman masing-masing.
Difahamkan, lafaz azan Hayya ‘alas-salāh, Hayya ‘alal-falāh digantikan dengan lafaz Sollū fī Rihālikum yang membawa maksud solatlah kamu di rumah kamu.
Perkara ini menimbulkan persoalan buat segelintir individu yang mendengar lafaz berkenaan dilaungkan di negara tersebut menerusi video tular di media sosial.
Bercakap soal itu, memetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, lafaz itu dibolehkan untuk dilaungkan ketika berlakunya darurat atau musibah di sesebuah tempat.
Ia merupakan satu sunah apabila ditimpa sesuatu musibah yang menyukarkan seseorang untuk bergerak ke masjid.
BACA LAGI: Gemar rendang tok, Tony Eusoff redah 8 jam perjalanan mahu beraya di kampung rakan di Muar
Kenderaan dinaiki air ketika hujan lebat di Dubai.
BACA LAGI: [VIDEO] Safawi Rasid menangis Syifa Melvin buat kejutan hamil anak kedua
Berdasarkan kepada riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab menerangkan bahawa peristiwa ini pernah berlaku di zaman Nabi SAW.
Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa beliau telah azan pada satu malam yang sejuk dan berangin dengan berkata:
ألا صلُوا فِي الرِحالِ, ثُم قال: إِن رسُول اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلم كان يأمُرُ المُؤذِن إِذا كانت ليلة ذاتُ بردٍ ومطرٍ, يقُولُ: ألا صلُوا فِي الرِحالِ
Maksudnya: “Solatlah kamu di rumah kamu.” Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan muazzin sedemikian sekiranya malam tersebut teramat sejuk dan hujan teramat lebat dengan berkata: “Solatlah kamu di rumah kamu.” [Riwayat al-Bukhari (666) dan Muslim (697)]
Di samping itu juga, diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan juga Abu Daud di dalam kitab mereka.
Daripada Usamah bin ‘Umair RA berkata:
أن يوم حُنينٍ كان يوم مطرٍ, فأمر النبِيُ صلى اللهُ عليهِ وسلم, مُنادِيهُ: أن الصلاة فِي الرِحالِ
Maksudnya: Pada hari peperangan Hunaian berlaku hujan teramat lebat. Maka Nabi SAW mengarahkan muazzin untuk melaungkan: “Solat di rumah.” [Riwayat Abu Daud (1057) dan Ahmad (20700)] — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram