Label isteri nusyuz terlalu berat, baik suami tegur elak dayus


  • Mukmin
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Seorang isteri tidak seharusnya dilabel sebagai nusyuz hanya kerana belum mampu menjaga aurat dan menari di media sosial.

NAMA bekas pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Azmeer Yusof menjadi hangat selepas memuat naik satu posting yang menyentuh soal nusyuz.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, Azmeer tidak bersetuju dengan sikap segelintir kaum wanita yang bergelar isteri.

"Hari ini isteri menjadi nusyuz kerana memasukkan gambar-gambarnya dalam sosial media dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna.

"Tidak cukup dengan itu, mereka menari di hadapan kamera untuk ditayangkan kepada semua," tulisnya di Facebook.

BACA LAGI: 'Suami sporting boleh jadi dayus', ramai setuju keberanian Azmeer Yusof tegur sikap para isteri 'terkinja'

2641181 (1)

Tangkap layar memaparkan hantaran Azmeer di laman Facebooknya.

BACA LAGI: Gemar rendang tok, Tony Eusoff redah 8 jam perjalanan mahu beraya di kampung rakan di Muar

Bercakap soal itu, Penasihat Agama Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Tuan Asmawi beranggapan bahawa seorang wanita tidak sepatutnya dilabel dengan perkataan nusyuz hanya kerana bertindak sedemikian.

"Nusyuz itu berdosa besar. Bayangkan seorang isteri itu elok sahaja bantu suami masak rendang, mengurus anak tetapi hanya kerana mahu bersuka ria di hari raya dan memuat naik video menari terus dilabel nusyuz.

"Kasihanlah, sebab itu kalau tak tahu istilah seeloknya jangan pakai," katanya kepada Majoriti.

553

Tuan Asmawi turut berpendapat bahawa para suami atau golongan lelaki boleh menasihati isteri dengan cara elok bagi mengelak terus berkelakuan tidak baik.

Tuan Asmawi turut beranggapan bahawa melabel seseorang dengan perkataan nusyuz terlalu berat dan tidak bersesuaian dengan situasi berkenaan.

"Kita tidak boleh samakan dengan nusyuz. Nusyuz itu lebih kepada isteri tidak mahu jalankan tanggungjawab.

"Contoh perbuatan nusyuz macam keengganan isteri melayani suami di tempat tidur misalnya," katanya.

Tuan Asmawi turut berpendapat bahawa para suami atau golongan lelaki boleh menasihati isteri dengan cara elok bagi mengelak terus berkelakuan tidak baik.

Antaranya dengan membimbing isteri secara perlahan-lahan dengan mengikuti syariat agama agar tidak terjerumus menjadi lelaki dayus.

"Kalau sayang suami kamu jagalah kelakuan kamu, jangan berkelakuan sebegitu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram