Pusat tahfiz bukan tempat longgok makanan tak habis jual, elok peniaga buat 'offer' elak membazir


  • Mukmin
  • Isnin, 25 Mac 2024

Bungkusan kuih yang disedekah kepada anak-anak tahfiz dengan bentuk yang sudah tak serupa asal.

UMAT Islam sememangnya digalakkan bersedekah terutama di bulan Ramadan yang penuh mulia ini.

Manakan tidak, besar ganjaran pahala bagi seseorang yang berbagi-bagi makanan kepada individu lain yang sedang menjalani ibadah puasa.

Namun, segelintir individu mungkin hanya bersikap ala kadar dalam membahagi rezeki sesama insan yang lain.

Buktinya, seorang pengguna, Hamidi Ahamad menerusi media sosial memuat naik kepingan gambar bungkusan kuih-muih yang disedekahkan buat anak-anak tahfiz.

“Inilah rezeki moreh anak-anak tahfiz yang acap kali terjadi tetapi dunia luar kurang maklum,” tulisnya.

Difahamkan, makanan terbabit disedekahkan oleh peniaga akibat jualannya tidak habis.

Guru dan pihak pengurusan pusat tahfiz tersebut hampir menitiskan air mata apabila pelajar tetap bersyukur menerima pemberian itu.

“Saya amat sarankan jika anda hendak beri sesuatu seperti makanan khususnya, berilah yang terbaik untuk anak-anak ini.

“Belilah atau berilah yang segar dan bukan sisa-sisa jualan tuan puan. Insya-ALLAH pasti rezeki anda berkat dan dilimpahi rahmat,” tulisnya.

Netizen juga terkilan apabila makanan yang disedekahkan oleh peniaga itu sudah kehilangan rupa bentuk asal dan tidak diberi dalam keadaan yang elok.

BACA LAGI: 'Terpaksa potong semula kain sampai dua kali', Siti Syazwani bangga mampu cipta baju kebaya songket versi miniatur

Crowd starts gathering at the USJ4 Ramadan bazaar as early as 4pm. — Photos: CHAN TAK KONG/The Star

Di bulan yang mulia ini, ramai peniaga memiliki jualan berlebihan dan mengambil keputusan untuk bersedekah.

Bercakap soal itu, pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, pusat tahfiz bukanlah tempat longgokan makanan yang tidak habis dijual.

“Ramai dalam kalangan peniaga-peniaga bersedekah untuk barangan tak habis biasanya hanya nampak Maahad Tahfiz, sekolah-sekolah dan asrama. Yang mana mereka menganggap sebagai tempat untuk mengumpul makanan tak habis,” katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Polis siasat guru wanita bercinta, cium leher pelajar di perpustakaan

bazar 1

Peniaga yang memiliki makanan berlebihan boleh menggunakan cara promosi bagi mengelak makanan terbuang.

Mohd Izhar berpendapat, terdapat juga cara lain yang boleh dibuat seorang peniaga untuk bersedekah sekaligus mengelak makanan banyak terbuang.

“Sebenarnya kita boleh menghabiskan jualan dengan melakukan promosi, contoh pukul 6 masih banyak tak laku jadi bolehlah buat promosi beli tiga percuma dua.

“Di tahfiz juga mungkin mereka sudah banyak makanan lain,” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Mohd Izhar berkata, seseorang juga penting menyelidik terlebih dahulu mengenai sesuatu tempat bagi mengelak pembaziran atau bersedekah di tempat yang kurang bersesuaian.

“Kita digalakkan cari tempat yang bersesuaian. Orang Islam kalau nak bersedekah selidik dulu tempat, orang-orang yang kita nak beri adakah mereka benar-benar memerlukan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram