BULAN Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia.
Mana tidaknya, segala hal yang positif dan amalan mulia boleh direbut dalam bulan yang suci ini bagi meningkatkan darjat di sisi ALLAH S.W.T.
Lebih istimewa, ibadah yang dibuat mendapat pahala yang berlipat kali ganda oleh Yang Maha Pemurah.
Salah satu ibadah yang popular diamalkan menjelang Ramadan adalah membaca al-Quran.
Orang yang membaca al-Quran di bulan Ramadan akan ditinggikan darjatnya oleh ALLAH SWT, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “ALLAH mengangkat derajat sebagian kaum melalui kitab ini (Al-Quran) dan Dia merendahkan sebagian kaum yang lain melalui kitab ini juga,” [H.R. Muslim]
Seperti yang diketahui ramai, al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang mempunyai banyak fadhilat.
Terdapat banyak surah yang baik untuk diamalkan pada setiap hari terutama menjelang bulan pengampunan ini seperti:
1. Surah al-Waqiah
Tidak dinafikan terdapat pelbagai surah yang mempunyai kelebihannya tersendiri di dalam al-Quran dan salah satunya adalah surah al-Waqiah.
Membaca surah al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka ALLAH akan menjauhkan kefakiran selamanya.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Zibah berkata, ketika Abdullah bin Mas’ud sedang tenat dan nazak lalu Saidina Osman bin Affan RA menziarahinya dan bertanya berkenaan peninggalannya kepada anak perempuannya, maka Ibnu Mas’ud berkata:
أتخشى على بناتي الفقر؟ إني أمرت بناتي يقرأن كل ليلة سورة الواقعة, إني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «من قرأ سورة الواقعة كل ليلة, لم تصبه فاقة أبدا»
Maksudnya: Apakah engkau risau akan putri-putriku menjadi fakir? Sesungguhnya aku telah memerintahkan putriku untuk membaca surah al-Waqiah pada setiap malam. Ini kerana aku telah mendengar Rasullullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.” [al-Tafsir al-Munir li Zuhaili, 27/240]
BACA LAGI: 'Penat tuntut ilmu takkan rugi', ramai kecewa sikap ibu bapa hina pendidikan KAFA
Bulan Ramadan merupakan masa yang terbaik untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran.
2. Surah al-Zumar
Surah al-Zumar merupakan salah satu surah yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW pada setiap hari, selain surah al-Mulk, surah al-Sajadah dan surah al-Isra.
۞ قُلۡ یٰعِبادِی ٱلذِین أسۡرفُوا۟ علىٰۤ أنفُسِهِمۡ لا تقۡنطُوا۟ مِن رحۡمةِ ٱللهِۚ إِن ٱلله یغۡفِرُ ٱلذُنُوب جمِیعاۚ إِنهُۥ هُو ٱلۡغفُورُ ٱلرحِیمُ ﴿ ٥٣ ﴾
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad); “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ”. (Surah Az-Zumar ayat: 53)
Ayat di dalam surah ini ditujukan kepada orang yang telah berbuat syirik atau orang yang telah berbuat dosa.
ALLAH S.W.T menyeru dengan bahasa yang paling lembut dan indah tanpa menyebut ‘Wahai para pendosa’ atau ‘Wahai orang-orang yang fasik’ tetapi ALLAH S.W.T menyebut ‘Wahai hamba-hambaKu’ yang merujuk betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya.
Surah ini juga menunjukkan bahawa ALLAH S.W.T memerintahkan Nabi S.A.W untuk menyampaikan pesanan kepada umat manusia supaya tidak berputus asa dengan rahmat ALLAH S.W.T.
Membaca al-Quran semasa bulan Ramadan merupakan salah satu ibadah yang harus dipertingkatkan.
3. Surah al-Mulk
Surat Al Mulk adalah salah satu surat dalam Al-Qur'an yang mengandung banyak keutamaan.
Keutamaan tersebut dapat dibuktikan pada keterangan hadis Rasulullah SAW.
Salah satunya iaitu terdapat hadis yang menyebutkan bahwa surat al-Mulk termasuk dalam bacaan harian yang dibaca oleh Rasulullah SAW sebelum tidur.
Keterangan hadis yang dimaksud adalah hadis dari Jabir RA iaitu:
ان النبي صلى الله عليه وسلم لا ينام حتى يقرأ الم تنزِيلُ السجدة, وتبارك الذِي بِيدِهِ المُلكُ
Maksudnya: "Nabi SAW tidak tidur sampai beliau membaca Alif Lam Mim tanzil (surah as-Sajdah) dan Tabarakalladibiyadihil-mulk (surah al-Mulk)." [HR Ahmad]
Surah al-Mulk dianjurkan untuk diamalkan pada setiap malam terutama pada malam bulan yang mulia iaitu Ramadan.
Selain memperoleh pahala, orang yang sering mengamalkan kesemua 30 ayat yang terkandung dalam surah ini akan diampunkan dosanya oleh Yang Maha Pengampun.
“Sebahagian daripada al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”. [Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan] — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram