SELEPAS Ruhainies tampil menjelaskan isu tangkap khalwat, pelakon, Eyra Hazali membidas kenyataan yang dibuat kerana dianggap seperti tidak berasas.
Dia mempersoalkan tindakan tertentu pelakon itu yang dianggap kurang wajar dan tidak kena tempat dengan situasi yang berlaku ke atas mereka.
"Jadi PA pergi mana ? Kenapa bukan PA tolong angkat barang?," tulisnya.
Menerusi hantaran di laman X, Eyra Hazali turut mempersoalkan mengenai tindakan Ruhainies yang hanya mengajak Aliff Aziz untuk makan bersama keluarganya tanpa mengajak isteri kepada pelakon lelaki berkenaan yang juga dikatakan sebagai sahabatnya iaitu Bella Astillah untuk turut serta.
"Tak ajak isteri atau telefon kawan baik dia sekali ke makan-makan? Mana minta maaf kepada isteri dia?," tulisnya.
Eyra turut berpendapat pentingnya memiliki sempadan meskipun sudah berkawan selama 10 tahun.
Aliff dan Ruhainies ketika menuju lif sebuah kondominum mewah di ibu negara.
"Kesimpulannya, kena ada boundaries walaupun dah 10 tahun kawan," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargenet turut bersetuju dengan komen yang diberikan oleh isteri kepada penjaga gol sebuah kelab Selatan tanah air itu.
"Kenyataan yang langsung tak logik akal. Jem pukul 2 pagi, gathering makan-makan pukul 2 pagi. Tunggu kakak sampai sampai tiga jam. Tak tahu siapa dekat pintu. Dia ingat kita tak tengok 999 ke? Setiap kali Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah) atau polis datang, mestilah akan beritahu sambil ketuk pintu. Bongok betul," tulis chamelcayang.
"Dia kata tolong angkat barang. Tapi kat kamera litar tertutup (CCTV) berlenggang-lenggang kangkung, kangkung tepi telaga," tulis Aqeela khan.
"Tak kisahlah berkawan puluh tahun sekalipun kalau dah laki orang tak payahlah ajak datang rumah kalau isteri dia tak ikut sekali. Cari bala namanya tu. Tolong la jaga batas semua wahai lelaki dan wanita. Dah besar panjang takkan tak boleh fikir kot," tulis amrshfqh.
Kenyataan yang dikeluarkan Ruhainies menerusi laman Instagramnya.
Sebelum ini, Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mendakwa, kakaknya, Risteena Munim dan adik beradik lain merancang untuk makan malam serta tidur di rumahnya pada hari kejadian.
“Pada hari itu, saya baru selesai menjalani penggambaran dan konvoi bersama pembantu peribadi menuju pulang ke rumah.
“Memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran, saya jemput dia untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga serta adik beradik saya sejak 10 tahun lalu.
“Aliff juga bersetuju sebab dah lama tidak berjumpa dengan mereka,” tulis Ruhainies di laman Instagram miliknya.
Namun, Ruhainies mendakwa, akibat kesesakan lalu lintas, kakaknya lewat tiba di kondominium terbabit.
Justeru, pelakon itu membuat keputusan untuk naik ke rumah bersama Aliff, 33, bagi meletakkan barang keperluan walaupun ketika itu Risteena masih belum muncul. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram