Gelak orang kentut boleh jatuh haram, hati-hati bergurau elak lukakan hati


  • Mukmin
  • Rabu, 21 Feb 2024

Sesuatu gurauan itu boleh menjadi haram jika mengaibkan seseorang. — Gambar hiasan

HUKUM bergurau secara asalnya dibenarkan tetapi sesuatu gurauan itu boleh menjadi haram jika mengaibkan seseorang, kata Penasihat Agama Yayasan Prihatin Nasional.

Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar berkata sedemikian bagi mengulas isu empat gurauan kasar yang tular di media sosial iaitu gurauan dengan menyatakan seseorang itu hodoh, gurauan mengenai hidung seseorang, gurauan mengenai ketinggian dan mentertawakan orang yang membuang angin.

Menurutnya, gurauan itu berbentuk body shaming dan sememangnya melibatkan sensitiviti seseorang.

"Dalam al-Quran juga ada menyentuh supaya manusia tak memanggil seseorang dengan nama yang tidak elok.

"Kita tak tahu hati orang macam mana, percakapan sebegitu akan melukakan hati orang," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: 'Saya fokus dekat Iqbal dan Datuk Vida', komposer terkenal enggan buat lagu raya untuk Datuk Seri Aliff Syukri

WhatsApp Image 2024-02-19 at 9.18.06 PM

Gurauan boleh menyebabkan seseorang berasa tidak yakin dengan diri sendiri. — Gambar hiasan

Tambahnya, seseorang tidak boleh mencerca orang lain kerana ALLAH telah mencipta setiap insan dengan sebaik-baik ciptaan.

"Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. ALLAH jadikan sesuatu itu, cacat ke autisme mahupun sempurna pancaindera adalah untuk melihat cara seseorang itu bersyukur," katanya.

Malah, bergurau secara kasar itu dilihat berpotensi untuk memutuskan silaturahim seseorang.

"Kita kena jaga hati seseorang dan jaga kelembutan hati, perkara-perkara itu jelas boleh merosakkan silaturahim," katanya.

Selain itu, pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim turut mengakui gurauan secara kasar seperti menyentuh anggota, ketinggian dan sebagainya haram di sisi agama Islam.

"Secara asasnya semua gurauan yang memalukan orang, memburukkan orang, menghina orang dan membuka aib orang adalah haram," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah sepentas dengan Siti Nurhaliza, Khai Bahar idam berduet bersama Ziana Zain

WhatsApp Image 2024-02-19 at 9.17.23 PM

Gurauan kasar berpotensi untuk meruntuhkan silaturahim. — Gambar hiasan

Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan beberapa gurauan yang dibenarkan dalam Islam seperti:

1- Gurau yang menggembirakan hati orang tanpa bercanggah dengan syariah Islam

2- Gurauan yang ikhlas

3- Gurauan yang memuliakan orang lain

4- Gurauan tidak mengaibkan

5- Gurauan yang benar

6- Gurauan yang tidak melibatkan perkara syirik

7- Gurauan yang tidak melibatkan talak

8- Gurauan yang tidak melibatkan zihar isteri dengan ibunya

9- Gurauan yang tidak memaki hamun atau kata-kata kesat

10- Gurauan yang boleh menyebabkan manusia berkasih sayang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram