'Suami tengok maksiat, wife pun nak ushar', ada hak boleh dituntut asalkan tak bercanggah agama — Pendakwah


  • Mukmin
  • Jumaat, 16 Feb 2024

Tular mengenai komentar segelintir wanita yang berharap mempunyai hak sama seperti lelaki.

SUAMI isteri memiliki hak tertentu yang sudah dianjurkan dalam agama, maka tidak perlu menuntut sesuatu yang bercanggah dengan ajaran Islam, kata pendakwah terkenal, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata sedemikian selepas tular isu mengenai sebahagian wanita yang berharap golongan itu juga boleh melakukan sesuatu perkara yang sama dengan golongan lelaki.

Sebelum ini, dalam hantaran di Facebook, seorang pengguna, @Fatin Pauzi meluahkan rasa kesal apabila segelintir perempuan cuba menuntut hak sama rata.

"Suami perlu dilayan macam raja. kita menuntut dilayan juga, lebih teruk. Suami tengok perempuan lain, isteri juga mahu tengok lelaki lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat parodi persenda agama aibkan diri sendiri dan umat Islam

"Sebab itulah ulama suruh jaga iman di akhir zaman. Fahaman liberalisme dan feminisme bukan perkara main-main. Kerana ia melibatkan akidah umat Islam," tulisnya.

Lebih memalukan, terdapat golongan wanita yang berpemikiran begitu meskipun sudah hidup berumah tangga.

BACA LAGI: 'Saya fokus dekat Iqbal dan Datuk Vida', komposer terkenal enggan buat lagu raya untuk Datuk Seri Aliff Syukri

Mengulas lanjut, pendakwah terkenal itu berkata, pasangan suami isteri boleh meminta apa sahaja yang melibatkan soal hak seperti hak nafkah, pakaian, hak penjagaan anak tetapi dilarang memohon hak yang bercangkah dengan ajaran Islam.

"Contoh, suami nak tengok maksiat kita pun nak tengok maksiat.

"Suami berzina isteri pun nak tuntut hak berzina, benda-benda yang tak sepatutnya, perkara itu haram," katanya.

Jadi, Mohd Izhar berharap umat Islam lebih mendalami ilmu agama dan tidak memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan agama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram