PELAKON, Rafidah Ibrahim tampil memperjelaskan persoalan tentang hukum sekiranya suami meminum susu isteri susulan timbul kekeliruan tentang perkara tersebut.
Antara kekeliruan yang berbangkit termasuk jatuhnya hukum talak jika suami meminum susu isteri.
"Jangan risau suami takkan jadi anak susuan," katanya menerusi video di Facebook dan TikTok.
Menjawab persoalan itu, Rafidah berkongsikan petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus untuk menjelaskan hukum itu.
Tulisnya, seorang suami dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sisi agama.
"Jangan risau suami takkan jadi anak susuan," katanya menerusi video di Facebook.
Rafidah turut memetik kata-kata Azhar Idrus bahawa seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin apabila hendak minum susu berkenaan.
"Isteri hanyalah pemilik kantung susu (payudara), manakala susu yang ada didalamnya adalah milik suami," katanya.
BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda
BACA LAGI: Pintu hati tertutup selama 2 tahun, Yazid Izaham hanya perlukan 5 bulan temui wanita kiriman Tuhan
Tambahan pula, jika seorang isteri hendak menyusukan bayi milik orang lain, wanita itu perlu meminta izin suami terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun, seseorang wanita yang belum berkahwin tidak mempunyai susu serta tidak mempunyai ‘tuan’.
"Wanita (anak dara) perlu berkahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami.
“Jadi jika suami hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,” katanya.
Selain itu, terdapat juga batas-batas di antara suami dan isteri yang perlu diketahui oleh setiap umat Islam terutama pasangan yang baru bernikah.
Antaranya, perlu kita fahami bahawa Islam melarang pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan intim sepanjang tempoh keluarnya darah haid.
Hal ini termasuklah berseronok atau bermesraan secara seksual di antara pusat hingga lutut menurut mazhab al-Syafie.
Larangan ini dinyatakan melalui firman ALLAH ﷻ:
فاعتزِلُوا النِساء فِي المحِيضِ ۖ ولا تقربُوهُن حتىٰ يطهُرن ۖ ُ
Maksudnya: Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. (Surah al-Baqarah: 222)
Sekiranya berlakunya persetubuhan semasa tempoh haid atau sebelum mandi wajib, maka hukumnya adalah berdosa dan disunatkan untuk membayar kaffarah kepada golongan faqir atau miskin.
Berdasarkan hadis Ibn Abbas R.Anhuma:
إِذا أصابها فِي الدمِ فدِينار, وإِذا أصابها فِي انقِطاعِ الدمِ فنِصفُ دِينارٍ
Maksudnya: Jika seorang lelaki menyetubuhi isterinya sedangkan dia sedang haid, jika darahnya berwarna merah maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar dan jika darahnya sudah berhenti maka hendaklah dia bersedekah dengan separuh dinar. — Riwayat Abu Daud (2169)
Bayaran itu hendaklah dibayar oleh suami dan bukan isteri kerana lelaki itu yang menyentuhnya.
Begitu juga jika dia bersetubuh apabila berhentinya darah haid tetapi belum mandi, maka keadaan wanita itu dianggap sama seperti yang keluar darah kekuningan yang membawa maksud sunat dibayar denda separuh harga dinar. — Al-Iqna` oleh Imam al-Khatib al-Syarbini (146-147) — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram