Jangan sia-siakan waktu Maghrib, ketahui 5 amalan dan pesan Rasulullah pada waktu singkat ini


  • Mukmin
  • Rabu, 07 Feb 2024

Secara tidak sedar, banyak amalan pada waktu Maghrib yang boleh direbut oleh seluruh umat Islam bagi meningkatkan darjat di sisi ALLAH.

JIKA pahala boleh dilihat nilainya seperti mana nilai wang di bank, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba untuk meningkatkan amalan yang baik di sisi agama.

Ya, ini kerana terlalu banyak amalan yang kita boleh lakukan untuk memperoleh pahala terutamanya pada waktu yang afdhal seperti ketika waktu Maghrib.

Walaupun waktu ini singkat, ia boleh dikatakan sebagai waktu yang diberkati dan perlu dimanfaatkan dengan melakukan amal ibadah.

Seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW, banyak amalan yang boleh dibuat sebelum dan selepas waktu Maghrib seperti:

BACA LAGI: 'It's okay to say no', Teh Firdaus belajar pentingkan work-life balance walaupun sudah terkenal

WhatsApp Image 2024-02-06 at 12.36.53 PM

Islam melarang anak kecil bermain di luar pada waktu Maghrib.

1. Tidak berkeliaran pada waktu Maghrib

Rasulullah menganjurkan umat Islam untuk menutup pintu-pintu rumah menjelang waktu Maghrib.

Kebiasaannya, orang tua sering berpesan kepada anak mereka untuk tidak keluar ketika waktu Maghrib kerana pada waktu itulah banyak syaitan berkeliaran.

Tetapi, masih ada yang tidak mendengar nasihat itu dan selamba saja keluar bersiar-siar ketika senja.

Mungkin, ramai yang berpandangan remeh akan nasihat itu namun sebenarnya dalam Islam ada hadis yang menyatakan akan perihal syaitan berkeliaran ketika terbenamnya matahari.

إِذا كان جُنحُ الليلِ, أو أمسيتُم, فكُفُوا صِبيانكُم, فإِن الشياطِين تنتشِرُ حِينئِذٍ, فإِذا ذهبت ساعة مِن الليلِ فخلُوهُم, وأغلِقُوا الأبواب واذكُرُوا اسم اللهِ, فإِن الشيطان لا يفتحُ بابا مُغلقا

Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama ALLAH kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

2. Solat sunat sebelum dan selepas maghrib.

Solat sunat sebelum dan selepas maghrib ditunaikan sebanyak dua rakaat.

Solat sunat sebelum solat fardhu Maghrib adalah digalakkan untuk mengerjakannya tetapi bukan dengan galakkan yang kuat iaitu termasuk dalam solat sunat ghairu muakkad.

Sunat ghairu muakkad bermaksud solat sunat yang tidak kuat tuntutan mengerjakannya berbanding sunat muakkad iaitu sunat yang kuat tuntutannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal berkali-kali tak halang Alhafiz jadi lebih pemurah, bantu ramai rider kesusahan

3. Zikir Subhanallahi wa bi hamdihi

Zikir Subhanallahi wa bi hamdihi bermaksud Maha Suci ALLAH dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci ALLAH Yang Maha Besar.

Rasulullah SAW bersabda: Dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan dan disukai ALLAH Yang Maha Pemurah ialah zikir subhanallahi wa bi hamdihi.” (HR Al-Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072).

4. Membaca doa Allahumma ajirni minannar sebanyak tujuh kali

Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub menerusi satu video berkata, Nabi mengajar umat Islam untuk membaca Allahumma ajirni minannar sebanyak tujuh kali selepas sembahyang Maghrib dan sembahyang Subuh agar terlepas dari api neraka.

Kata-kata itu memang benar seperti yang diriwayat Muslim Al-Harith At-Tamimi r.a. daripada Nabi SAW memberitahu kepadanya dengan sabdanya:

إذا انصرفت مِن صلاةِ المغرِبِ فقُلِ: اللهُم أجِرنِي مِن النارِ سبع مراتٍ, فإنك إذا قُلت ذلك ثُم مُت مِن ليلتِك كُتِب لك جِوار مِنها, وإذا صليت الصُبح فقُل كذلِك, فإنك إن مُت مِن يومِك كُتِب لك جِوار مِنها

Ertinya: “Apabila berpaling (selesai) kamu dari sembahyang maghrib maka kamu ucaplah: Ya ALLAH lepaskan aku dari neraka sebanyak tujuh kali. Maka sungguhnya kamu apabila kamu kamu mengucapkan yang demikian itu kemudian kamu mati pada malamnya akan ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka. Dan apabila kamu telah selesai dari sembahyang subuh maka ucaplah seperti demikian maka sungguhnya jika kamu mati pada siangnya nescaya ditulis bagi kamu kelepasan dari api neraka.”(Riwayat Abu Daud dan At-Tabarani dan Al-Munziri dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Solat sunat sebelum solat fardhu Maghrib adalah digalakkan mengerjakannya tetapi bukan dengan galakkan yang kuat dan termasuk dalam solat sunat ghairu muakkad.

5. Bacaan tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali

Selepas selesai menunaikan solat fardhu, amat digalakkan kita melakukan ucap tasbih, tahmid dan takbir serta istighfar.

Diriwayatkan Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من سبح الله دُبُر كُلِ صلاةٍ ثلاثا وثلاثِين, وحمِد الله ثلاثا وثلاثِين, وكبر الله ثلاثا وثلاثِين, فتِلك تِسع وتِسعُون, وقال تمام المِائه: لا إله إلا اللهُ وحدهُ لا شرِيك لهُ, لهُ المُلكُ, ولهُ الحمدُ, وهُو على كُلِ شيءٍ قدِير -غُفِرت خطاياهُ, ولو كانت مِثل زبدِ البحر

Maksudnya: "Sesiapa yang bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali, dan bertakbir sebanyak 33 kali setelah melaksanakan sholat fardhu sehingga berjumlah 99 kali, kemudian menggenapkannya untuk yang keseratus dengan ucapan."

لا إِله إِلا اللهُ وحدهُ لا شرِيك لهُ, لهُ المُلكُ ولهُ الحمدُ وهُو على كُلِ شيءٍ قدِير

"Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH, tidak ada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya kekuasaan, dan untuk-Nya pujian dan Dia Maha berkuasa di atas segala sesuatu. Maka dosanya (dosa kecil) akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan."(HR Muslim) Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram