[VIDEO] Hubungan cinta toksik, remaja perempuan dijel seumur hidup sebab sengaja rancang nahas, teman lelaki kaki pukul terkorban


  • Benua
  • Isnin, 05 Feb 2024

Mackenzie Scirilla menangis di hadapan hakim selepas didapati bersalah merancang membunuh teman lelaki dan rakannya dalam nahas di Ohio, Amerika Syarikat pada tahun lalu.

SEORANG remaja perempuan hanya mampu menangis selepas dihukum penjara seumur hidup apabila didapati bersalah atas tuduhan membunuh teman lelaki dan rakannya dengan niat, semata-mata bagi mengakhiri hubungan cinta yang penuh toksik.

Suspek, Mackenzie Scirilla, 19, bertindak memecut kenderaannya pada kelajuan 160 kilometer dan merempuh sebuah bangunan sehingga menyebabkan teman lelakinya, Dominic Russo, 20, dan seorang lagi penumpang yang juga rakannya, Davion Flanagan, 19, maut dalam kejadian di Ohio, Amerika Syarikat pada Julai 2022.

BACA LAGI: Cemas kawan kena serangan jantung ketika bersukan? Pakar kongsi simptom dan ketahui bantuan awal

photo1707106580

Mackenzie Scirilla (kanan) bersama teman lelakinya, Dominic Russo ketika menjalinkan hubunan percintaan.

"Ia bukan memandu dengan cuai. Ia adalah pembunuhan dengan sengaja.

"Dia mempunyai misi dan melaksanakannya dengan tepat," kata hakim pada perbicaraan semasa Ogos 2023.

Berdasarkan laporan beberapa media antarabangsa, tertuduh berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan tragedi ngeri itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hasrat dua-dua nak pulang kerja terbantut, pembantu jurutera maut Yamaha R15 rempuh Viva sampai terbalik di Melaka

Mackenzie juga dilaporkan berada dalam keadaan tekanan perasaan melampau gara-gara sering dibelasah Dominic sepanjang menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum kejadian.

Difahamkan, beberapa minggu sebelum kemalangan itu, Scirilla juga pernah bertindak mencalarkan kereta Dominic. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram