PIHAK sekolah harus mempraktikkan konsep pendidikan berteraskan kasih sayang dalam kalangan warga pendidik dan para pelajar.
Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, tidak wajar Qunut Nazilah digunakan untuk situasi seperti kejohanan sukan dalam kalangan pelajar kerana bacaannya mengandungi makna untuk melawan musuh.
"Sukan sepatutnya menjadi wadah penyatuan sesama pelajar supaya tak menganggap sesama mereka sebagai musuh.
"Perlawanan di sekolah cuma satu permainan sahaja antara pelajar, bukannya mereka bermusuhan yang memerlukan bacaan Qunut Nazilah," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Sukan sesama murid, bukan lawan musuh', mufti desak KPM siasat sekolah laung Qunut Nazilah
Bacaan Qunut Nazilah
BACA LAGI: [VIDEO] Gagal berkali-kali tak halang Alhafiz jadi lebih pemurah, bantu ramai rider kesusahan
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu beberapa sekolah di Selangor yang bertindak melaungkan Qunut Nazilah sebelum memulakan perlawanan sukan ragbi, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabri berkata, sesuatu perlawanan yang dianjurkan perlulah memiliki matlamat yang jelas mengikut syariat agama.
"Pihak sekolah kena menguar-uarkan kepada pelajar untuk bersahabat dengan baik bagi menjaga hubungan sesama manusia.
"Qunut Nazilah ini amalan yang baik dalam Islam, tetapi dalam situasi ini tidak digunakan pada tempat yang sebenar," katanya.
Sementara itu, memetik kenyataan daripada laman web Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, selain mendoakan keburukan ke atas musuh-musuh Islam yang telah melakukan kejahatan dan menyakiti umat Islam, Qunut Nazilah dituntut sekiranya berlaku bencana yang menimpa umat Islam.
Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis:
ان نزلت بالمسملين نازِلة كخوفٍ أو قحطٍ أو وباءٍ أو جرادٍ أو نحوِ ذلِك قنتُوا فِي جمِيعِها وإِلا فلا
Maksudnya: "Sekiranya ditimpa ke atas orang-orang Islam musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain, maka dibacakan qunut pada semua solat, namun jika tiada musibah, maka tidak perlu membaca qunut.” — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram