[VIDEO] Pernah digali semula antara sebab makam Nabi Muhammad SAW kini dijaga ketat


  • Mukmin
  • Isnin, 29 Jan 2024

Makam Nabi Muhammad SAW menerima kunjungan daripada ramai umat Islam.

NABI Muhammad SAW merupakan sosok pemimpin yang amat dirindui oleh seluruh umat Islam.

Meskipun umat Islam kini hidup di zaman yang berbeza dengan Nabi Muhammad SAW, sekurang-kurangnya rasa rindu terhadap Baginda dapat diubati dengan cara mengunjungi makam Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW sendiri amat rindu untuk bertemu dengan umatnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sangat aku kasih untuk bertemu dengan saudaraku."

Maka berkata sahabat Nabi SAW: "Bukankah kami ini saudara-saudaramu?"

Nabi Muhammad SAW menjawab: "Bermula kamu semua adalah sahabatku akan tetapi segala saudaraku ialah sekalian orang yang telah beriman denganku dan padahal mereka belum melihatku." (Riwayat Ahmad)

Malah, sebahagian orang sanggup berbelanja besar dan meninggalkan keluarga tercinta untuk ke Tanah Suci menziarahi makam Nabi Muhammad SAW.

Terdapat beberapa fakta mengenai makam Rasulullah yang harus diketahui oleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

inilah-lokasi-rumah-nabi-yang-kini-menjadi-komples-makam_200509102717-604

Makam Rasulullah dibatasi dengan pagar tinggi yang dihiasi kaligrafi berwarna emas.

1. Pagar tinggi dihiasi kaligrafi berwarna emas

Makam Rasulullah dibatasi dengan pagar tinggi yang dihiasi kaligrafi berwarna emas.

Makam Nabi Muhammad SAW memiliki penjaga khusus yang dikenali sebagai askar ataupun petugas Masjid Nabawi.

Pengawalan yang ketat di sekitar makam Nabi Muhammad dibuat bagi mengelak berlakunya perbuatan syirik berhampiran makam Baginda.

Malah, penjaga makam Nabi ditugaskan untuk mengingatkan penziarah agar tidak berbuat hal-hal berlebihan di atas makam Nabi, seperti menangis ataupun solat di hadapan makam Baginda.

BACA LAGI: Lafaz talak secara terpaksa belum tentu sah, ketahui penjelasan peguam syarie

2. Makam Rasulullah SAW berada di Masjid Nabawi

Pada zaman Al-Walid I Sulayman ibn Abdul Malik dari Bani Umaiyyah, kawasan Masjid Nabawi dibesarkan kerana jumlah umat Islam yang semakin ramai.

Sebelum dibesarkan, makam Nabi SAW dinamakan sebagai Masqurah.

Ketika ingin dibesarkan, adik tiri Al-Walid I Sulayman ibn Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz mencadangkan agar makam Rasulullah SAW dimasukkan ke dalam kawasan Masjid Nabawi.

Kini, makam Rasulullah berada di dalam Masjid Nabawi dengan kubah berwarna hijau yang kini menjadi ikon penting dalam sejarah Islam.

Di samping makam baginda, terdapat makam dua sahabat Nabi yang dijanjikan masuk syurga iaitu Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘anhu dan Umar bin Khattab Radhiyallahu ‘anhu.

mengunjungi-makam-rasulullah-saw-1_169

Pengunjung berdoa di depan makam Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar as Siddiq dan Umar bin Khattab di Masjid Nabawi

3. Dahulunya merupakan rumah Aisyah RA

Pada awalnya, terdapat perdebatan di antara sahabat Baginda untuk memilih lokasi memakamkan Rasulullah SAW.

Sebagian sahabat menyarankan agar menempatkannya di mimbar tempat baginda berkhutbah atau di mihrab tempat Baginda menjadi imam solat.

Selain itu, terdapat beberapa daripada mereka mengatakan untuk menempatkan di Baqi’, makam tertua di Madinah dan tempat di mana keluarga serta sahabat Rasulullah dimakamkan.

Akan tetapi, sahabat Nabi, Abu Bakar As-Siddiq telah menjadi orang tengah untuk meleraikan perdebatan tersebut.

Abu Bakar berkata, dia mendengar Nabi SAW bersabda bahawa: "Seorang Nabi tidak pernah dikuburkan di tempat lain selain tempat di mana dia meninggal.”

Lalu, makam Nabi SAW digali di bawah tempat tidur Baginda wafat yang menjadikan lokasi ini terdahulunya merupakan kamar Nabi Muhammad SAW bersama isterinya, Saidatina Aisyah Abu Bakar r.a

5d35a0ff11ba6-padati-makam-rasulullah-jemaah-haji-salat-arbain-di-masjid-nabawi_663_372

Makam Nabi Muhammad SAW kini dijaga ketat bagi mengelak perbuatan tidak elok dilakukan oleh pengunjung.

4. Dinding tambahan di makam Nabi Muhammad SAW

Terdahulu, Sultan Nuruddin Zengi membina tembok tebal yang diperbuat daripada timah cair di sekeliling makam Rasulullah SAW.

Makam Rasulullah tidak memiliki pintu atau tingkap selepas ditambah dinding tambahan sebagai tembok pembatasan.

Tembok itu dibina selepas insiden yang melibatkan orang Nasrani yang cuba menggali makam Nabi Muhammad pada tahun 1164 Masihi atau 554 Hijriah.

Terdapat beberapa kali kejadian kecurian dan penggalian makam Nabi SAW juga dilaporkan sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram