SETIAP umat Islam semestinya ingin memantapkan akidah dengan memperbanyakkan amalan yang dianjurkan dalam Islam.
Perkara ini dibuat supaya seseorang memperoleh keberkatan di dalam hidup dan kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH.
Rata-rata umat Islam tidak mengetahui bahawa terdapat amalan yang boleh dibuat setiap detik yang berjalan di dalam hidup ini khususnya ketika menunaikan solat lima waktu.
Sebelum masuknya waktu zuhur misalannya, ada beberapa amalan sunat yang boleh dilaksanakan dengan syarat ia perlu disertai dengan niat untuk beribadah kepada ALLAH.
Antara amalan yang boleh dibuat sebelum waktu dan selepas solat zuhur menurut Islam seperti berikut:
1. Qailullah
BACA LAGI: Mahu derma buah pinggang? Ketahui risiko hidup berbekalkan hanya satu organ penting
Qailullah merupakan sunnah Rasulullah SAW. — Gambar hiasan
Qailullah bermaksud tidur sebentar di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
Waktu qailullah adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat zuhur atau selepas makan tengah hari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja.
Waktu paling afdal ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat zuhur.
Ia merupakan sunnah Rasulullah SAW yang jarang diabaikan baginda bagi memudahkan baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam.
Sebelum seseorang ingin berqailullah, berniatlah agar tidur yang dibuat boleh memudahkannya terjaga di malam hari bagi melakukan solat sunat malam dan berzikir.
BACA LAGI: Mufti Pulau Pinang mohon maaf bukan kerana salah, tapi kerana adab dalam Islam — Mufti Kelantan
Solat sunat rawatib adalah antara sunat yang didirikan sebelum dan sesudah solat fardu lima waktu.
2. Solat rawatib
Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardu lima waktu.
Solat rawatib sebelum solat fardu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.
- Solat sunat qabliyah
Solat sunat ini dilakukan setelah masuknya waktu zuhur sebelum menunaikan solat zuhur dan berterusan di sepanjang waktu zuhur.
Solat sunat sebelum solat zuhur dikerjakan sebanyak empat rakaat secara berasingan dengan dua salam iaitu dikerjakan secara dua rakaat diikuti dua rakaat seterusnya.
Solat sunat dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad sedangkan solat sunat dua rakaat yang kedua adalah sunat yang bukan muakkad, iaitu sunat tambahan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa beliau berkata:
Aku pernah mengerjakan solat (solat sunat) bersama Rasulullah SAW iaitu dua rakaat sebelum solat zuhur dan dua rakaat selepas solat zuhur. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA katanya:
Sesungguhnya Nabi SAW tidak meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum solat zuhur dan solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh. (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Di dalam kitab Hidayatussalikin dinyatakan sebuat riwayat:
"Barangsiapa yang solat sebelum zuhur empat rakaat, seolah-olah mendapat pahala memerdekakan seorang hamba dari kalangan Bani Ismail" (At Thabrani)
Solat sunat ba'diyah dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur. — Gambar hiasan
- Solat sunat ba'diyah
Solat sunat ini dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.
Menurut Ummu Habibah r.anha berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang menjaga (solat) empat rakaat sebelum zuhur dan empat rakaat sesudahnya, ALLAH haramkan baginya api neraka“. (Ahmad, Abu Dawud, At-Tarmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram