Mahu derma buah pinggang? Ketahui risiko hidup berbekalkan hanya satu organ penting


  • Sihat
  • Isnin, 22 Jan 2024

Buah pinggang merupakan satu organ yang amat penting untuk manusia meneruskan kehidupan. — Gambar Hiasan

DALAM kehidupan yang normal, manusia memiliki dua buah pinggang sebagai satu komponen organ yang berfungsi sebagai sistem buah pinggang.

Buah pinggang merupakan satu organ yang amat penting untuk manusia meneruskan kehidupan.

Buah pinggang memiliki fungsi yang sangat penting untuk kesejahteraan seseorang seperti mengawal tekanan darah, menghasilkan sel darah merah, mengaktifkan vitamin D dan menghasilkan glukosa.

BACA LAGI: [VIDEO] Hajat bergelar guru tak kesampaian, pelajar UPSI maut dirempuh Myvi

edf0b737-collage-maker-12-sep-2022-11.11-am

Sesetengah orang hidup dengan satu buah pinggang. — Gambar Hiasan

Sebenarnya, kehidupan masih boleh diteruskan dalam keadaan baik meskipun hanya memiliki satu buah pinggang.

Namun, terdapat juga beberapa fakta yang perlu diketahui seseorang yang berniat untuk menjadi penderma organ.

Menurut Pakar Perubatan Dalaman Jemursari, Dr Ardyarini Diah Savitri, apabila seseorang menderma, mereka perlu melalui beberapa siri pemeriksaan yang ketat bagi memastikan mereka benar-benar layak dan bersedia menderma organ itu.

Antara ujian yang harus dilalui termasuklah penilaian psikologi, analisis makmal membabitkan ujian darah, imbasan dan saringan diabetes.

"Mereka juga akan dimaklumkan mengenai risiko pembedahan termasuk tiada jaminan pemindahan itu akan berjaya," katanya.

Perkara ini dibuat supaya kadar survival pesakit yang menerima penderma dapat dimaksimumkan.

BACA LAGI: Tiada modal beli deodoran? 'Student' U boleh guna cara jimat atasi masalah bau badan

WhatsApp Image 2024-01-21 at 8.32.44 PM

Salah satu tugas utama organ buah pinggang ini adalah untuk menapis bahan toksik dan sisa dalam darah. — Gambar Hiasan

Tambahan pula, pihak perubatan juga akan menilai kesihatan dan mengkaji risiko terhadap penderma pada masa hadapan.

Katanya lagi, seseorang yang ingin menderma buah pinggang akan dididik supaya benar-benar prihatin terhadap kesihatan tubuh badan mereka.

"Walau bagaimanapun, hidup dengan satu buah pinggang tidak semestinya bermaksud seseorang akan jatuh sakit.

"Cuma ada risiko. Sekiranya seseorang tiada buah pinggang kedua dan buah pinggang tunggalnya itu masalah, berkemungkinan akan terjadi kegagalan buah pinggang akut," katanya.

Kegagalan buah pinggang akut turut dikenali sebagai kecederaan buah pinggang akut atau kegagalan renal akut.

Ia berlaku apabila buah pinggang anda secara tiba-tiba hilang keupayaan untuk menyingkirkan lebihan garam, cecair dan bahan buangan daripada darah.

Lebih parah, keadaan ini boleh mengancam nyawa dalam masa yang singkat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram