Pembinaan bersejarah dalam Islam, ketahui 10 fakta Masjid Quba yang tidak diketahui ramai


  • Mukmin
  • Sabtu, 23 Sep 2023

Masjid Quba merupakan masjid pertama dibina dalam sejarah Islam.

AHAD ini adalah bersamaan dengan 8 Rabiulawal jika dalam kalendar Islam. Dalam bulan Rabiulawal, terdapat banyak peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah Islam berdasarkan pandangan ulama.

Antara salah satu peristiwa besar adalah Nabi Muhammad SAW telah membina Masjid Quba yang merupakan masjid pertama dalam sejarah Islam pada tarikh berkenaan.

Memiliki sejarah penting dalam Islam, ia merupakan masjid pertama yang dibina di dalam Islam pasca hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Dalam peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, dicatatkan bahawa Rasulullah SAW tiba di Quba pada 8 Rabiulawal, tahun ke-14 pengutusan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi.

Di sana, Baginda tinggal selama empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima iaitu hari Jumaat, dengan perintah daripada ALLAH, Baginda berangkat dengan diikuti oleh Abu Bakar untuk menemui Bani al-Najjar. Mereka adalah bapa saudara Rasulullah dari sebelah ibunya.

Ia menjadi suatu tiitik penting kepada kepentingan pembinaan masjid dalam sesebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu.

Berikuta 10 fakta menarik mengenai Masjid Quba yang tidak diketahui oleh ramai orang.

1. Quba diambil dari nama Kampung Quba, yang terletak di kawasan pinggiran Yathrib, kira-kira 3 kilometer (3 km) di selatan Madinah.

2. Masjid Quba didirikan pada Hari Isnin, 8 Rabiulawal 1 Hijrah (23 September 622 Masihi) di atas sebidang tanah seluas 1,200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.

3. Masjid Quba dibina sendiri oleh Rasulullah dengan meletakan batu asas pertama (batu di mihrab masjid) yang menghadap Baitulmaqdis di Palestin, yang kemudiannya diikuti berturut-turut oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 6.44.54 PM

Sebahagian masyarakat Islam mendirikan solat di Masjid Quba.

4. Masjid asal hanyalah satu ruang segi empat untuk solat dan sebuah serambi. Ruangan bertiang pohon kurma dan beratap pelepah daun kurma bercampur tanah liat. Di tengahnya terdapat ruang terbuka yang disebut 'sahn'. Di tempat itu terdapat telaga untuk mengambil air wudhuk.

5. Masjid Quba menjadi masjid pertama yang mendirikan pelaksanaan solat berjemaah.

6. Pernah mengalami peralihan arah kiblat dari Baitulmaqdis kemudian ditukar menghadap Baitullah di Mekah.

7. Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah pertama yang membangunkan empat menara Masjid Quba setinggi 47 meter.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 6.47.43 PM

Gambar di dalam ruangan Masjid Quba.

8. Di bahagian atasnya tersusun enam kubah besar masing-masing berdiameter 12 meter dan ada 56 kubah kecil masing-masing berdiameter 6 meter.

9. Hari ini Masjid Quba memiliki 19 pintu, terdiri dari tiga pintu utama. Tiga pintu utama, yang berdaun pintu besar. Dua pintu untuk jemaah lelaki, dan satu pintu bagi jemaah wanita.

10. Luas kawasan masjid ini sekitar 135,000 meter persegi. Ruang solat utama seluas 5,035 meter persegi dan mampu menampung hingga 20,000 jemaah. Sebelum dibesarkan, pada zaman Rasulullah, luasnya hanya 200 meter persegi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram