Keliru nak dahulukan puasa enam atau qada puasa? Ini penjelasannya


  • Mukmin
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Sebaiknya selesaikan terlebih dahulu qada atau ganti puasa sebelum menunaikan puasa sunat enam.

SETIAP kali menjelang Ramadan, seluruh umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Itu merupakan tanggungjawab dalam Rukun Islam ketiga .

Bagi mereka yang meninggalkan puasa dalam bulan Ramadan, golongan itu perlu menggantikannya atau qada mengikut hari ditinggalkan.

Sabda Rasulullah SAW daripada hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi bersabda yang membawa maksud: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”

230323141206-ramadan-pray-fast-breaking-restricted

Golongan yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran dibenarkan syarak lebih afdal selesaikan puasa qada sebelum melakukan puasa sunat enam pada Syawal.

Bagaimanapun sesiapa yang meninggalkan puasa pada bulan Ramadan tanpa keuzuran seperti penyakit kronik, sakit tua dan sebagainya dibenarkan syarak, perlu mengutamakan untuk qada puasa sebelum puasa sunat.

Hal itu dijelaskan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengatakan afdal sekiranya dapat menyelesaikan puasa qada secara berasingan dengan puasa sunat enam pada bulan Syawal.

“Namun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif (pandangan atau bukti lemah).

“Segerakan qada puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntu oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak,” ujarnya.

ramadan2

Tiada larangan menggabungkan qada puasa dan puasa sunat enam serentak.

Oleh itu secara ringkasnya, mereka yang ingin menjalankan puasa sunat pada Syawal seeloknya perlu menghabiskan qada puasa terlebih dahulu.

Kemudian diteruskan dengan puasa sunat selepas 1 Syawal. Namun, tiada larangan bagi menggabungkan kedua-duanya serentak.

Cuma, adalah lebih baik jika diselesaikan ‘hutang’ terlebih dahulu sebelum merebut ganjaran puasa enam pada Syawal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram