Bolehkah qada solat sunat tarawih? Ini penjelasan agamawan


  • Mukmin
  • Isnin, 17 Apr 2023

Seseorang yang terlepas solat sunat tarawih dibolehkan untuk qada solat tersebut pada keesokannya. — Bernama 

PEJAM celik, sudah hampir sebulan umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Selain melakukan persiapan untuk meraikan Lebaran, aktiviti mempertingkatkan amal ibadah juga menjadi antara keutamaan untuk dilakukan.

Selain memperbanyakkan bacaan al-Quran dan melakukan aktiviti yang mendatangkan manfaat, mendirikan solat sunat tarawih juga antara yang sibuk dilakukan sepanjang Ramadan.

Namun, kadangkala kesibukan jadual kerja mahupun tahap kesihatan menghadkan seseorang itu untuk melakukan solat sunat tarawih.

Menurut pendakwah, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dalam satu video program keagamaan, terdapat tiga jenis solat sunat dalam mazhab Syafie iaitu solat sunat bersebab, solat sunat tertentu dan solat sunat tiada waktu.

KUALA LUMPUR, 2 April -- Jemaah menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah yang kembali dirapatkan saf setelah negara ini memasuki Fasa Peralihan Endemik pada  tinjauan di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Solat sunat tarawih termasuk dalam kumpulan solat sunat berwaktu dalam mazhab Syafie. — Bernama

“Solat sunat bersebab ini sebagai contoh kita ingin meminta hujan atau solat gerhana. Kedua, solat sunat berwaktu yang mempunyai waktu tertentu seperti dhuha (pagi) dan tahajud (malam atau sepertiga malam).

“Ketiga pula solat sunat mutlak (umum) yang tiada waktu mahupun tiada sebab. Ianya memang solat seperti solat sunat taubat, solat sunat istikharah atau solat sunat hajat.

“Maka solat sunat tarawih berada dalam kategori berwaktu iaitu dibuat selepas solat Isyak sampai sebelum Subuh,” jelasnya.

ezgif-3-5059106ee7

Qada solat sunat tarawih diperbolehkan dalam Islam. — Bernama

Syed Abdul Kadir memaklumkan, individu yang tertinggal solat sunat tarawih boleh untuk qada melakukannya jika tidak mempunyai halangan.

“Sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan tidak sihat atau keletihan untuk melakukan solat sunat tarawih, dia boleh melakukannya pada pagi keesokannya.

“Solat sunat berwaktu ini boleh qada dan dibenarkan untuk melakukannya,” jelasnya.

Oleh itu secara ringkasnya, solat sunat tarawih boleh dilakukan secara qada atau menggantikannya semula jika individu terbabit mempunyai halangan untuk melakukannya selepas solat Isyak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram