Tidak salah 'membalas dendam' tapi lebih mulia saling bermaafan


  • Mukmin
  • Isnin, 24 Apr 2023

Ambil peluang untuk saling bermaafan antara satu sama lain di bulan Syawal yang mulia ini. — Gambar Hiasan

UCAPAN maaf zahir dan batin bagaikan sudah sebati dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kata-kata itu sering diucapkan tidak mengira sama ada dengan sanak saudana, kenalan atau sesiapa saja.

Bahkan Islam sendiri mengharapkan agar umatnya saling bermaafan antara satu sama lain termasuk mengakui kesilapan yang pernah dilakukan.

Perbuatan memaafkan kesalahan orang lain merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Orang yang pemaaf juga termasuk daripada kalangan yang dijanjikan syurga ALLAH SWT.

Menurut firman ALLAH dalam surah Ali-Imran, ayat 133-134 maksudnya:Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari TUHAN kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”

muslim-eid-mubarak-forgiving-others-8595-9212-bb64780b8c534f729aae0567e15be4e5_750x500

Individu yang berbuat salah perlu tampil untuk memohon keampunan demi mendapat reda ILAHI.

Menurut agamawan, Imam al-Qurtubi, perbuatan memaafkan orang lain adalah kebaikan yang paling mulia dan terpuji. Manusia diharuskan untuk memberi kemaafan atau menuntut kembali haknya yang diambil.

Adapun memberi kemaafan kepada orang yang menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukannya. Melihat kepada itu, seseorang mempunyai hak membuat kembali balasan perkara buruk yang menimpa diri.

Bagaimanapun, ALLAH memuji manusia yang menahan kemarahan dan menghapuskan dendam sekali gus memaafkan kesalahan orang lain meskipun dia mampu untuk membalas semula perbuatan jahat itu.

Berdasarkan surah al-Nisa, ayat 148 bermaksud; “ALLAH tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) ALLAH sentiasa mendengar lagi Maha Mengetahui.”

a4d5c46e9df87038dad4f0a3049736966438d5cf79b46

Pelihara hubungan persaudaraan dan sebaiknya jauhi daripada persengketaan.

Berdasarkan ayat al-Quran itu, agamawan Islam, Imam al-Maturidi menjelaskan bahawa larangan untuk menghina dan mencaci seseorang tetapi jika seseorang itu dizalimi atau dihina terlebih dahulu, maka tidak mengapa untuk menghina kembali atau mendoakan keburukan kepada pelaku atas perbuatan jahat terhadap mereka.

Namun, sebaik-baik akhlak adalah dengan memaafkan kesilapan yang berlaku.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdulla, tidak mengapa jika mangsa ingin membalas perbuatan keburukan yang dilakukan, tetapi perlu setimpal dan tidak pula berlebihan sehingga melampaui batas.

“Walaupun begitu Imam al-Ghazali mengingatkan kepada umat Islam untuk menjaga hati dari sifat yang keji dengan cara memaafkan kesalahatan orang lain terutama membabitkan hubungan persaudaraan. Jika seseorang memohan maaf kepada saudaranya, maka yang lebih utama ialah memaafkan,” katanya.

Secara ringkasnya, Islam menggalakkan agar memaafkan kesalahan orang lain. Tetapi, diharuskan bagi seseorang untuk tidak memaafkan kerana manusia itu mempunyai hak untuk membalas atau menuntut kembali sesuatu jika dia dizalimi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram