BAGI umat Islam, Ramadan merupakan bulan kemuliaan yang digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah dan mengingatkan diri kepada kekuasaan ALLAH.
Selain mendirikan solat sunat tarawih, witir, membaca al-Quran dan bersedekah, berdoa juga boleh menjadi salah satu amalan yang disarankan.
Istimewa Ramadan ini, terdapat beberapa waktu yang mustajab untuk berdoa. Segala doa tersebut dengan izin ALLAH tidak akan ditolak iaitu berdoa ketika berbuka puasa dan ketika sahur.
Memetik hadis Abu Hurairah Radiallahu’anhu diriwayatkan oleh Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sampai dia berbuka dan doa orang yang dizalimi. ALLAH angkat di atas awan pada hari kiamat.”
Luangkan masa untuk berdoa sebelum berbuka puasa dan bersahur.
Waktu yang disarankan untuk berdoa ialah sebelum berbuka puasa.
Kebanyakkan kita menyibutkkan diri dengan membeli juadah makanan, menyiapkan hidangan atau menonton televisyen.
Sebaiknya, bersedia kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum azan Maghrib. Dalam keadaan berwuduk, kemudian mulalah berdoa dengan puji-pujian kepada ALLAH SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Keduanya pula berdoa ketika bersahur.
Selain daripada menjamah hidangan, sahur juga merupakan situasi terbaik untuk berdoa. Sahur merupakan antara waktu yang berkat dan terbaik untuk berdoa.
Insya-ALLAH, doa-doa tersebut akan dimakbulkan ALLAH.
Menurut riwayat Anas Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Makan sahurlah kamu kerana dalam makan sahur terdapat keberkahan.” (Hadis Al-Bukhari & Muslim).
Segala doa boleh dibacakan mengikut kesesuaian masing-masing. Namun, terdapat beberapa jenis doa pendek yang boleh dibacakan dan diamalkan.
Berikut antara doa yang boleh diamalkan ketika sebelum berbuka puasa atau bersahur;
Doa Penghulu Istighfar
للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Ertinya: “Ya ALLAH, ENGKAU adalah TUHANKU, Tidak ada sesembahan yang haq kecuali MU, ENGKAU yang menciptakanku, sedang aku adalah hamba-MU dan aku diatas ikatan janjiMU dan akan menjalankannya dengan semampuku, aku berlindung kepadaMU dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui MU atas nikmatMU terhadap diriku dan aku mengakui dosaku padaMU, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni segala dosa kecuali ENGKAU” (Hadis Al-Bukhari no. 6306)
Doa dari meminta perkara yang tidak diketahui
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأََلُكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْ حمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Ertinya: “Wahai TUHANKU! Sesungguhnya Aku berlindung kepadaMU daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika ENGKAU tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah Aku dari orang-orang Yang rugi”. (Surah Hud, ayat 40)
Doa untuk ibu bapa
وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Ertinya: “Katakanlah: Wahai TUHANKU! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Isra’, ayat 24)
Doa anugerah, kekuatan, kekuasaan dan rezeki
اللهم مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَاۤءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاۤءُۖ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاۤءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاۤءُ ۗ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۗ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Ertinya: “Wahai TUHANKU yang memounyai kerajaan. ENGKAU berikan kerajaan kepada orang yang kehendaki dan ENGKAU cabut kerajaan dari orang yang ENGKAU kehendaki. ENGKAU muliakan orang yang ENGKAU kehendaki dan ENGKAU hinakan orang yang ENGKAU kehendaki. Di tangan ENGKAULAH segala kebajikan. Sesungguhnya ENGKAU MAHA BERKUASA atas segala sesuatu” (Surah Ali Imran, ayat 26)
اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ جَحْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوْءِالْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِالْأَعْدَاءِ
Ertinya: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari susahnya bala (bencana), tertimpa kesengsaraan, keburukan qadha’ (takdir), dan kegembiraan para musuh.” (HR Al-Bukhari 6347, 6616 dan Muslim 2707).
Doa perlindungan penindasan, hutang dan kemalasan
اللهُم إِنِي أعُوذُ بِك مِن الهمِ والحزنِ وأعُوذُ بِك مِن العجزِ والكسلِ وأعُوذُ بِك مِن الجُبنِ والبُخلِ وأعُوذُ بِك مِن غلبةِ الدينِ وقهرِ الرِجالِ
Maksud: “Ya ALLAH, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang,” (Hadis Riwayat Abu Daud 1555).
Doa agar dimurahkan rezeki dan jodoh
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
Ertinya: "Wahai TUHANKU, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang EENGKAU berikan". (Surah al-Qasas, ayat 24)
Semoga amalan doa ini akan memberikan manfaat dan keberkatan bersama dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram