Jika dilayan baik, tanggungjawab suami hadiahkan wang dan barangan kepada isteri


  • Mukmin
  • Rabu, 15 Mac 2023

Sekiranya ingin isteri kelihatan cantik dan mempesona, suami perlu menanggung segala kos agar rawatan kecantikan dan membelikan kelengkapan solekan serta penjagaan wajah.

PENYATUAN dua hati antara lelaki dengan perempuan menerusi perkahwinan merupakan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW.

Meskipun kelihatan tenang secara mata kasar, namun setiap rumah tangga memerlukan sikap bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Bukan sahaja kesefahaman, tetapi tanggungjawab sebagai suami dan isteri juga penting demi memastikan keharmonian terpelihara sekali gus mengekalkan kebahagiaan perkahwinan sehingga akhir hayat.

Disebabkan itu, pentingnya suami untuk menjaga dan memelihara rumah tangga dengan menjalankan tanggungjawab kepada isteri dan juga keluarga.

Kata pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus, suami perlu menanggung segala perbelanjaan isteri sekiranya inginkan pasangan sentiasa kelihatan cantik dan mempesona.

eid-concept-with-group-friends

Tidak salah sekiranya suami 'memanjakan' isteri dengan membelikan barangan kecantikan atau barang kemas sebagai hadiah.

“Sekiranya pasangan meminta isteri untuk menjaga penampilan dan ingin kelihatan cantik, suami perlu menanggung kos tersebut.

“Beli alat solek, berdandan dan bersiap untuk menjaga penampilan mengikut kehendak suami itu perlu ditanggung oleh suami,” terangnya.

Tambahnya, keperluan isteri melibatkan pakaian, makanan, perubatan, tempat tinggal perlu ditanggung oleh suami sebaik sahaja wanita berkenaan disentuh pasangannya.

“Tiga perkara iaitu pakaian, tempat tinggal dan makanan adalah tiga perkara asas dan wajib untuk suami tunaikan. Pada masa sama perubatan dan juga alat solek sekiranya dia perlu.

"Makan pula sekurang-kurangnya dua kali sehari. Makanan dan minuman itu perlu mengenyangkan. Pakaian pula dua pasang dalam setahun, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Itu sekurang-kurangnya.

“Hukumnya sah sekiranya suami tidak memberikan wang tunai kepada isteri, jika segala keperluan seperti dinyatakan sudah dilaksanakan,” ujarnya.

A shallow focus shot of a female wearing a biblical robe while talking to Jesus Christ

Perkara asas seperti tempat tinggal, pakaian, dan makanan merupakan kewajipan buat suami terhadap isteri.

Dalam pada itu, Azhar atau lebih dikenali sebagai UAI turut menyatakan tentang suami menyantuni isteri sekiranya mereka meminta untuk diberikan sesuatu atau barangan mewah.

Hal itu seharusnya tidak menjadi persoalan jika wanita berkenaan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri iaitu melayan suaminya dengan baik, malah telah melahirkan zuriat pasangan itu.

“Apa salahnya jika isteri kita minta duit RM100 atau RM500, kita bagi RM1,000 atau RM3,000 sebulan kepada isteri. Ini benar kerana mereka itu isteri. Anggap itu sebahagain hadiah, lebih-lebih lagi apabila mereka sudah membuat segala kerja rumah seperti membasuh baju, mengemadan sebagainya.

“Jadikan ini amalan iaitu sentiasa memberi lebih jika isteri minta. Dengan cara itu, isteri mungkin tidak akan marah jika kita ingin berkahwin lain,” selorohnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram