Kerap bermimpi ular, ketahui tanda lain terkena sihir sebelum jalani rawatan Islam


  • Mukmin
  • Jumaat, 03 Mac 2023

Perbuatan sihir atau melakukan sesuatu perkara dengan mendapatkan bantuan daripada syaitan atau jin adalah salah dalam Islam. — Gambar hiasan

PERBUATAN sihir merupakan ilmu berkaitan tindakan yang dilakukan dengan pertolongan makhluk ghaib sama ada syaitan atau jin bertujuan untuk mendatangkan kemudaratan kepada seseorang.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk oleh individu yang dipanggil bomoh atau dukun bagi memastikan sihir dilakukan mengenai mangsa.

Barangan seperti gambar, makanan, duit syiling, tangkal, tanah kubur dan beberapa lagi sering dikaitkan dengan perbuatan ini.

Selain mengalami kejadian aneh atau penampakan makhluk menyeramkan, mangsa juga sering mengalami mimpi.

Antara tanda-tanda yang dijelaskan oleh pendakwah popular Indonesia, Zaidul Akbar, orang yang terkena sihir akan mengalami beberapa mimpi buruk dan menyeramkan.

majoriti2023 (19)

Ustaz Zaidul Akbar

"Mangsa sering mengalami mimpi buruk seperti melihat binatang atau kawasan perkuburan sehingga menyebabkan dia berasa ketakutan dalam mimpi.

"Kemudian dia mengigau atau maracau semasa tidur sehingga membunyikan gigi. Apabila dikejutkan, dia cuba menyerang orang yang membangunkannya," jelasnya.

Kerap mengalami gelisah, dan berasa tidak keruan serta kebimbangan sehingga mengalami kesukaran untuk tidur malam juga menjadi antara tanda-tanda terkena perbuatan sihir.

"Beberapa mimpi seperti melihat binatang yang merupakan simbol syaitan seperti cicak, ular dan anjing. Kefahaman tentang mimpi ular tanda akan berkahwin itu perlu ditentang dalam Islam kerana ular itu sejenis haiwan menakutkan dan selalunya muncul dalam bentuk ular hitam.

"Mimpi sebegini sering mengganggu mangsa dengan niat agar dia tidak bersemangat untuk melakukan tugasan harian, mengganggu emosi dan sentiasa berada dalam keadaan beremosi," katanya.

Selain bermimpi tentang haiwan, gangguan halus ini turut dikatakan berlaku apabila individu terbabit mengalami mimpi melakukan persetubuhan.

1577906707236971-0

Disebabkan tujuan untuk menyakiti disebabkan iri hati atau cemburu sehingga sanggup melakukan perjanjian dengan syaitan atau jin.

Zaidul Akbar berkata, kemungkinan mangsa didatangi oleh mereka yang dikenali atau pernah menyimpan perasaan terhadap orang itu.

"Berkemungkinan orang dimimpi itu dia kenal, atau tidak kenal. Berkemungkinan juga orang itu yang menyihir dirinya. Selain hadir dalam bentuk menyerupai manusia, mimpi tersebut turut berkemungkinan hadir dalam bentuk makhluk besar atau hitam.

"Ini bererti ada jin yang menyukai. Jadi saya sarankan jangan suka dengan jin kerana tiada gunanya dan tidak kelihatan," jelasnya.

Tanda lain ialah mangsa akan mengalami ketakutan secara berlebihan terutama apabila duduk bersendirian.

Sering memiliki perasaan dan berasa seperti ada kehadiran atau diperhatian antara situasi yang perlu diberi perhatian dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.

Seterusnya mangsa yang dikhuatiri terkena perbuatan sihir dikatakan mengalami penyakit kronik sehingga sukar untuk mendapat perawatan daripada doktor.

ilustrasi-arti-mimpi-dililit-ular

Mimpi ular terutama berwarna hitam dikatakan sebagai salah satu tanda seseorang menjadi mangsa sihir.

"Sering kali merasa ada penyakit, penyakit yang serius seperti barah atau penyakit-penyakit berbahaya lain yang mampu mengancam nyawa.

"Individu seperti ini perlu dirawat dengan perubatan Islam dan diharapkan dapat bersabar sepanjang tempoh menjalani rawatan.

"Ada yang mengambil masa singkat manakala ada juga perlu menjalani tempoh rawatan untuk satu jangka masa lama.

"Sepanjang tempoh menjalani rawatan, saya nasihatkan agar muhasabah diri, mungkin ada perbuatan, tindakan atau cara tidak baik atau masih berbuat dosa. Mungkin juga ada 'trauma' yang sukar dilepasakan seperti saka keturunan," terangnya panjang lebar.

Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa perbuatan sihir adalah bertentangan dengan agama Islam dan bersifat syirik dan khurafat kerana menduakan Tuhan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram