Adik beradik ambil sikap lepas tangan? Tak kira anak lelaki atau perempuan, memang wajib bantu keluarga 


  • Mukmin
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Anak-anak perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa, lebih-lebih lagi mereka yang sudah lanjut usia dan uzur. — Gambar hiasan

KEHADIRAN cahaya mata merupakan antara penyeri dalam rumah tangga. Pun begitu, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sebagai waris keturunan.

Biar apa pun cabaran yang perlu diharungi, ibu bapa tetap berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak agar mereka tidak berasa kekurangan.

Namun, apabila dewasa anak-anak mula memiliki kehidupan sendiri ataupun sudah berkeluarga. Disebabkan itu, mereka lebih memberi tumpuan kepada diri sendiri berbanding ibu bapa.

Closeup of a support hands

Anak yang berkemampuan perlu membantu orang tua terutamanya mereka yang fakir.

Tidak hanya itu, anak-anak turut saling menolak tanggungjawab untuk membantu apatah lagi mengeluarkan belanja untuk kedua orang tua.

Menurut istilah, nafkah atau nafaqah (dalam bahasa Arab) bermaksud semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Dinamakan nafaqah kerana perbuatan itu perlu mengeluarkan atau dihabiskan untuk tujuan keperluan asas.

Pada asalnya, para ulama menyebut furu (seperti anak-anak) wajib memberi nafkah kepada usul iaitu ibu, bapa, datuk, nenek dan yang ke atas.

Berdasarkan firman ALLAH SWT dalam surah Luqman, ayat 15: “Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.”

ezgif-5-f326249433

Anak-anak perlu membalas jasa orang tua yang selama ini sudah membesarkan dan menyediakan segala keperluan.

Firman ALLAH dalam surah Al-Isra, ayat 23: “Dan TUHANmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-NYA semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Malah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.A, sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sebaik-baik harta yang dimakan oleh seorang lelaki ialah harta yang diperoleh daripada hasil usahanya sendiri. Begitu juga anaknya adalah daripada hasil usahanya sendiri. Dirimu dan hartamu adalah milik kepunyaaan bapamu. Anak-anakmu adalah sebaik-baik hasil usahamu. Oleh itu, makanlah hasil usaha anak-anakmu.” (Riwayat Abu Daud 3528 dan al-tirmizi 1358)

Melihat kepada situasi itu, sekiranya ibu bapa tersebut fakir dan mempunyai furu (anak-anak) yang setaraf (dari sudut kerabat) dalam kalangan mereka, kesemua furu itu perlu memberi nafkah kepada ibu bapa mereka.

Anak yang berkemampuan wajib mengeluarkan nafkah kepada ibu bapa mereka.

Muslim prayers in Tashahhud posture

Perlu ditegaskan agama Islam yang diamalkan di Malaysia berlandaskan mazhab Syafi’e yang menyatakan nafkah wajib ke atas anak lelaki.

Bahagian nafkah yang perlu dikeluarkan oleh perempuan adalah setengah bahagian lelaki, sebagaimana pembahagian pusaka.

Sekiranya mereka berbeza daripada sudut hampirnya, seperti anak dan cucu, maka nafkah wajib kepada furu yang lebih hampir.

Berdasarkan perbandingan pendapat ulamak dan ilmuan Islam;

Ibnu Qudamah menyatakan sekiranya berhimpun anak lelaki dan anak perempuan, maka nafkah antara kedua-duanya adalah dibahagikan kepada tiga di mana lelaki hendaklah membayar dua pertiga dan perempuan hanya satu pertiga seperti mirath (hukum pewarisan)

Abu Hanifah berkata, nafkah wajib dikeluarkan ke atas kedua-dua anak sama ada lelaki atau perempuan.

Imam al-Syafie pula menyatakan nafkah wajib ke atas anak lelaki kerana berdasarkan hukum asabah (istilah ilmu pembahagian faraid)

Bagi Ahmad Ibnu Hanbal (mazhab Hambali) waris wajib menanggung segalaya kewajipan tersebut sekiranya si bapa tiada. Maka hendaklah disusun nafkah berdasarkan hak pewarisan.

close-up-people-holding-hands

Adik beradik perlu saling bantu membantu bagi meringankan beban kedua-dua orang tua.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan sebulat suara berpendapat nafkah kepada ibu bapa yang fakir dan tiada mata pencarian adalah wajib bagi anak-anak tidak mengira lelaki atau perempuan.

Semua anak-anak wajib bantu membantu dalam memberi nafkah terhadap ibu bapa yang tidak berkemampuan sementelah pula anak-anak memiliki harta yang lebih.

Seharusnya setiap anak-anak mempunyai azam dan kesungguhan untuk berbakti kepada ibu bapa mereka sebaik mungkin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram