SEJARAH peradaban Islam yang sudah bermula sejak berjuta tahun dahulu antara bukti perkembangan tamadun dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perundangan, kewangan dan keselamatan.
Segala pengetahuan itu boleh didapatkan secara bacaan sama ada menerusi visual atau audio. Pada masa sama segala bukti teknologi mahupun usaha yang pernah dilakukan oleh agama dahulu ada direkodkan dan dipaparkan di muzium untuk tontonan umum.
Terdapat beberapa buah muzium yang mempamerkan artifak sejarah Islam yang boleh membuatkan kita lebih mendalami tentang agama Islam.
Berikut senarai beberapa buah muzium yang terkenal di seluruh dunia di antara 38 negara Islam yang giat mempromosikan kandungan berasaskan keagamaan termasuk yang berada di tanah air.
Muzium Kesenian Islam
Lokasi: Doha, Qatar
Muzium Kesenian Islam (MIA) Doha, Qatar ialah sebuah muzium moden bertaraf dunia yang terletak di Corniche, Doha, Qatar.
Bangunan itu direka oleh arkitek terkenal IM Pei. Bangunan utama setinggi lima tingkat, dengan atrium dan menara puncaknya. Halaman besar menghubungkan bangunan utama dengan sayap pendidikan dan perpustakaan. Muzium ini dibuka pada tahun 2008. dengan keluasan 45,000 meter persegi.
Antara karya keagungan seni Islam yang bermula dari abad ke-7 hingga ke -19 seperti seramik, tekstil, kerja logam, barang kemas, kerja kayu, kaca, dan manuskrip dikumpulkan dari tiga benua dalam tempoh dua puluh tahun.
Ia adalah salah satu koleksi artifak Islam yang paling lengkap di dunia.
Kebanyakan koleksi terdiri daripada bahan purba berasal dari Sepanyol, Iraq, Iran, India, Turkiye, Mesir dan Asia Tengah sejak 1,400 tahun yang lalu.
Pusat ini beroperasi seitap hari bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam kecuali Jumaat bermula 1.30 petang hingga 7 malam.
Muzium Kesenian Islam
Lokasi: Kaherah, Mesir
Muzium Seni Islam yang terletak di Mesir ini merupakan salah satu lokasi muzium terbesar di dunia. Pelbagai bahan sejarah dan artifak seperti koleksi seni bina kayu, hasil logam, seramik, kaca, kristal dan tekstil dari semua tamadun Islam di dunia.
Antara koleksi berharga muzium Islam ini adalah kunci emas pintu Kaabah dan dinar Islam tertua yang pernah ditemukan bertarikh dari tahun 697 masihi. Terdapat juga manuskrip al-Quran yang jarang ditemui dan menggunakan dakwat perak.
Barangan pameran seperti karpet Persia, seramik era Ottoman dan peralatan yang digunakan dalam ilmu astronomi, kimia dan arkitek. Koleksi bahan sejarah di muzium ini menjangkau lebih 100,000 objek yang dipamerkan manakala secara rasmi dibuka pada Januari 2017.
Waktu operasinya bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kecuali hari Jumaat.
Muzium Aga Khan
Lokasi: North York, Kanada
Muzium ini merupakan satu-satunya muzium berunsurkan Islam di negara barat yang terletak di Toronto, Ontaria, Kanada. Sekitar lebih 1,000 artifak sejarah yang dipamerkan di muzium ini.
Antara tarikan utama ialah koleksi peribadi milik keluarga diraja Aga Khan, Institut Pelajaran Ismaili di London, Britain dan anak diraja Sadruddin Aga Khan, Putera Aga Khan.
Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Muzium Seni Islam Turkiye
Lokasi: Istanbul, Turkiye
Bekas sebuah Istana milik Pargali Pasha yang merupakan wali besar kedua kepada Sultan Suleiman dari empayar Ottoman. Muzium ini terletak di sebelah barat Taman Sultanahmet. Istana ini berbentuk U dengan bilik-bilik mengelilingi sebuah taman di bahagian tengah.
Mengandungi artifak dari abad kelapan hingga ke-19 dengan pameran variasi kaligrafi Islam, permaidani, jubin, buku, seramik dan hasil logam cerminan budaya masyarakat Turkiye.
Ia dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Isnin.
Muzium Kesenian Islam Malaysia
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam.
Mula dibuka pada 1998, muzium ini mengetengahkan ciri moden Islam dengan binaan lima kubah. Dianggarkan lebih 7,000 bahan bacaan artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik serta perpustakaan buku kesenian Islam.
Muzim ini beroperasi setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6 petang.
Muzium Pargamon
Lokasi: Berlin, Jerman
Siapa sangka Jerman turut memiliki muzium kesenian Islam yang menjadi antara lokasi paling kerap dikunjungi di negara itu. Boleh dikatakan setiap tahun, muzium terbabit menerima sekitar 1.1 juta pengunjung.
Muzium ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu koleksi kuno, Timur Tengah dan Seni Islam. Kebanyakan artifak Islam era Babylon kuno, Uruk, Assur, Miletur, Priene dan Mesir purba yang merupakan kawasan pemerintahan Islam.
Beroperasi setiap hari kecuali Khamis pada pukul 10 pagi hingga 6 petang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,