Akaun bank anggota polis miliki lombong emas haram disekat


  • Benua
  • Sabtu, 21 Mei 2022

Anggota polis itu ditangkap di sebuah lapangan terbang pada awal bulan ini. — Agensi

PUSAT laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) telah menyekat akaun bank milik Brigedier HSB, anggota polis yang memiliki lombong emas haram di Kalimantan Utara, Indonesia.

Namun, ketuanya, Ivan Yustiadvandana tidak menyatakan dengan tepat jumlah akaun yang disekat.

"Sudah ada (sekat akaun)," katanya ringkas kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata, PPATK sudah lama mengesan dan memerhati transaksi wang dari akaun HSB.

“Sementara itu (aliran wang) sedang disiasat,” katanya.

Sebelum ini, HSB ditangkap di Lapangan Terbang Juwata, Tarakan, dekat Kaltara pada 4 Mei lalu.

Anggota polis itu disyaki terlibat dalam perlombongan emas secara haram di Desa Sekatak Buji, Kecamatan Sekatak dekat Kabupaten Bulungan, Kaltara.

Pada masa sama, polis menyoal siasat penyelaras lombong emas tersebut yang dikenali sebagai MI.

Turut ditahan empat lagi suspek termasuk pemandu dan penjaga lombong berkenaan.

Semua suspek didakwa mengikut Perkara 158 dengan Pasal 160 Undang-Undang Nombor 3 Tahun 2020 serta pindaan Undang-Undang Nombor 4 Tahun 2009. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram