SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai menggantung diri di sebuah pangsapuri di Duren Sawit, dekat Jakarta Timur, Indonesia pada pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Duren Sawit, Kompol Martson Marbun yang mengesahkan perkara itu berkata, mayat mangsa pada mulanya ditemui oleh pekerja pembersihan yang melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan pangsapuri.
"Memang betul ada mayat yang tergantung dipercayai terlibat dengan masalah hutang sebanyak Rp 30 juta (RM9,000),
"Leher mangsa dilihat tergantung dengan tali rafia di lorong tangga kecemasan pangsapuri tersebut," katanya kepada pemberita.
Tambahnya, mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), Jakarta Pusat untuk proses bedah siasat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram