Masalah dunia termasuk Covid-19 hanya sementara


  • Mukmin
  • Isnin, 28 Mac 2022

HAD masa masalah di dunia termasuk banjir dan Covid-19 tidak akan berpanjangan. — Gambar hiasan/Bernama

SETIAP manusia pasti berdepan masalah tidak kira sama ada ia berkait rapat dengan peribadi, hubungan dengan orang lain, pekerjaan, pelajaran mahupun kewangan.

Ini termasuk masalah berkaitan hubungan suami isteri dan anak-anak, yang ada kalanya sikap salah seorang daripadanya tidak menyenangkan hati.

Namun, orang ramai disarankan untuk tidak terlalu memikirkan masalah dunia dan apa yang lebih penting mereka perlu memikirkan cara untuk menyelesaikannya.

Justeru, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, sekiranya seorang suami atau isteri berperangai tidak elok, perkara itu hanyalah bersifat dunia dan sementara.

Pendakwah selebriti itu berkata, hal ini kerana perangai tersebut ada tempoh masa dan lama kelamaan akan berubah menjadi elok.

"Dia tetap akan ada had masanya. Dia akan habis juga dan semua orang boleh berubah.

"Begitu juga jika ada anak-anak yang perangai tak elok, perangai tu bersifat sementara dan dunia sahaja. Ia akan berubah bila-bila masa," katanya menerusi perkongsian video di laman TikTok.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya seseorang mempunyai masalah dalam hidup, ia adalah masalah dunia.

Katanya, masalah itu akan selesai juga kerana ia berkaitan dunia dan mempunyai had masa.

“Contoh banjir, ia akan ada had masa lepas tu ia akan habis.

“Corona (Covid-19), tuan-tuan jangan takut ia tak akan panjang. ALLAH SWT janji ia akan ada had masa,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram