Dua hukum makan daging mentah


  • Mukmin
  • Rabu, 16 Mac 2022

TANGKAP layar video wanita makan daging ayam mentah yang tular di laman TikTok.

PARA ulama menegaskan bahawa makruh hukumnya apabila seseorang makan haiwan yang boleh disembelih termasuk ikan secara mentah.

Namun, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, sekiranya haiwan yang dimakan secara mentah itu mempunyai darah, hukumnya menjadi haram.

"Contoh macam daging ayam, kita ambil dan hiris, kita basuh dan makan hukumnya tidak haram tetapi makruh.

"Tapi kalau ada darah haram. Sebab tu kena basuh ikan," katanya menerusi perkongsian video di laman TikTok.

Pada masa sama, UAI berkata, buah-buahan dan sayur-sayuran masih boleh dimakan secara mentah kerana tidak disembelih dan hanya perlu dimasak.

Baru-baru ini, tular di laman Tiktok mengenai video seorang wanita yang bertindak makan daging ayam mentah.

Meskipun daging tersebut tiada darah, namun ia mengundang rasa jijik dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut.

Ramai hairan bagaimana wanita itu boleh berselera makan daging ayam mentah yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain kerana ia kebiasaannya dimasak sebelum dimakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram