ALLAH SWT larang umat Islam terlibat ibadat agama lain


  • Mukmin
  • Khamis, 20 Jan 2022

PENGANUT Yahudi melakukan upacara keagamaan di Baitulmaqdis yang diduduki dekat Palestin.

UMAT Islam tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Muslim atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti merayakan hari simbolik agama lain.

Dr Kamilin Jamilin berkata, ALLAH SWT melarang umat Islam berkompromi dan terlibat dengan sebarang bentuk ibadat dan ritual agama lain, berdasarkan surah al-Kafirun yang kebanyakan dihafal oleh umat Islam.

"Apatah lagi dengan mengunjungi tempat ibadat mereka di hari perayaan mereka dengan alasan perpaduan," kata pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Umar al-Khattab RA pernah berpesan: "Janganlah kamu masuk ke tempat ibadat orang yang menyekutukan ALLAH pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (ALLAH) sedang turun ke atas mereka,"Hadis Riwayat al-Bayhaqi.

Mengulas lanjut, Kamilin berkata, seorang Muslim juga tidak harus menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syair, pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka.

Beliau berkata, banyak cara atau aktiviti boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan atau mempamerkan keharmonian sesama rakyat Muslim dan bukan Muslim.

"Namun, bukanlah dengan berkongsi hari raya, bahkan melalui ihsan, keadilan dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

"Pemimpin Muslim dan umat Islam perlu peka dengan hal ini," katanya.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan, maka dia adalah sebahagian daripada golongan tersebut," Hadis Riwayat Abu Dawud. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram