Tegur ibu bapa dengan adab


  • Mukmin
  • Ahad, 02 Jan 2022

INDIVIDU yang derhaka menegur orang tua dengan cara biadab. — Gambar hiasan

SECARA umumnya, orang tua atau ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak dan generasi muda bagi membentuk akhlak mereka menjadi lebih baik.

Sekiranya anak-anak berbuat dosa, ibu bapa perlu menegur dan menasihati mereka supaya kesalahan itu tidak berulang pada masa akan datang.

Namun, bolehkah seseorang anak atau individu lebih muda menasihati ibu bapa atau mereka yang tua sekiranya mereka membuat kesalahan?

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, cara menegur terbaik kepada orang tua atau ibu bapa adalah dengan memberi nasihat.

"Siapa yang buat benda tak betul hendaklah diberi nasihat termasuk anak nasihat orang tua. Jangan kata tak boleh.

"Sebagai ibu bapa jangan rasa kita hebat, yang mana orang tak boleh nasihat kita. Bila jadi guru jangan kata murid tak boleh nasihat," katanya menurut perkongsian video di laman TikTok @ruwayhah.

Namun, UAI berkata, anak yang memberi nasihat kepada ibu bapa perlu disertakan dengan adab iaitu tidak boleh meninggikan suara dan tidak boleh menengking.

"Jadi nasihatlah mak, kena pakai tudung. Kalau tak tutup aurat berdosa (secara halus).

"Cukup setakat itu sahaja, jangan panjang-panjang. Esok kata (nasihat) lagi. Mungkin hari ke-15 dia siap loading (boleh terima) dalam hati," katanya.

Tambahnya, menasihati ibu bapa dengan cara yang beradab tidak menjadikan seseorang sebagai anak derhaka kerana dikira menunaikan perintah agama.

"Sebaliknya, mereka yang derhaka menggunakan cara menegur yang biadab," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram