Lelaki didakwa solat cara Syiah dirakam CCTV


  • Tular
  • Khamis, 13 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman CCTV yang menunjukkan seorang lelaki menunaikan solat mengikut ajaran Syiah.

SYIAH merupakan satu ajaran yang difatwakan sesat di negara ini dan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang mempraktikkan ajaran tersebut oleh Jabatan Agama Islam berasaskan akta atau Enekmen Jenayah Syariah Negeri masing-masing.

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang jemaah lelaki di sebuah masjid tempatan didakwa menunaikan solat mengikut ajaran Syiah.

Ketika sujud, lelaki itu dilihat mengeluarkan satu benda, dipercayai batu Karbala dan meletakkan di dahinya sebagai alas.

Dia kemudian dilihat cuba menyembunyikan batu tersebut apabila bangun dari sujud dengan menggenggamnya supaya tidak disedari orang lain.

Perbuatannya itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan yang kemudiannya disedari oleh pihak pengurusan masjid.

Amalan meletakkan batu Karbala di tempat sujud ketika solat merupakan perkara yang biasa bagi penganut Syiah.

Mengikut kepercayaan mereka, Karbala adalah tempat yang paling paling suci di muka bumi.

Ia juga merupakan tempat yang sangat bersejarah kerana merupakan tempat terbunuhnya cucu Nabi Muhammad SAW, Hussain yang merupakan imam bagi kelompok Syiah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

syiah, ajaran sesat, batu karbala, sujud