Menantu David Beckham terima elaun hampir RM4 juta sebulan daripada bapa, dipercayai punca konflik keluarga


  • Cinta
  • Khamis, 29 Jan 2026

Nicola Peltz (kiri) dikaitkan dengan dakwaan terima elaun bulanan besar daripada bapanya yang merupakan bilionair.

MENANTU David Beckham, Nicola Peltz didakwa menerima elaun hampir RM4 juta sebulan daripada bapanya yang merupakan seorang bilionair, lapor agensi.

Anaknya, Brooklyn Beckham mungkin berasal daripada salah satu keluarga paling terkenal di dunia, namun dari segi kekayaan, keluarga menantu beliau dikatakan jauh lebih besar.

Bapa Nicola, Nelson Peltz, dilaporkan memiliki kekayaan dianggarkan sekitar AS$1.6 billion (RM6 juta), manakala kekayaan gabungan David Beckham, 50, dan isterinya Victoria Beckham, 51, dianggarkan hanya sekitar separuh daripada jumlah itu.

BACA LAGI: Letak barang penting sebelah anak, muat turun aplikasi khas elak risiko anak tertinggal dalam kereta

BACA LAGI: 'Selamat jalan mama kesayanganku', Puteri Aishah titip rindu pemergian ibu, sedekad lawan kanser

Dalam satu episod podcast, The Rest is Entertainment, wartawan Marina Hyde berkata, keluarga Beckham memang memberi sokongan kewangan kepada Brooklyn tetapi tidak berlebihan kerana mereka mahu anak itu berdikari dan berdiri atas kaki sendiri.

Hyde turut mendakwa Nelson Peltz pernah memberitahu keluarga Beckham bahawa beliau memberikan elaun bulanan besar kepada anak perempuannya.

Agensi memaklumkan, pihaknya telah menghubungi wakil Nicola untuk mendapatkan komen lanjut tetapi belum menerima respons.

Sekiranya dakwaan itu benar, pasangan tersebut dilihat menikmati gaya hidup mewah termasuk dilaporkan menikmati minuman yang digelar wain paling mahal di dunia ketika keluar makan malam baru-baru ini.

Selain itu, isu wang antara kedua keluarga terlibat juga dipercayai menjadi punca ketegangan pada masa lalu termasuk ketika pembelian rumah mewah di Hollywood bernilai jutaan pound yang didaftarkan atas nama Nicola sebagai pemilik utama.

Sumber mendakwa, perbezaan latar belakang dan pendekatan terhadap sokongan kewangan menyebabkan konflik antara dua keluarga terkenal itu.

Laporan turut menyebut bahawa sebelum perkahwinan mereka pada 2022, Brooklyn Beckham diminta menandatangani perjanjian praperkahwinan yang menghadkan haknya terhadap harta keluarga menantu sekiranya berlaku perpisahan.

Sumber lain berkata, walaupun David dan Victoria Beckham masih menyayangi anak sulung mereka, mereka bimbang hubungan kekeluargaan sukar dipulihkan selagi Brooklyn masih bersama menantu mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram