Bapa borek, anak rintik, anak lelaki David Beckham hebat di dapur, kongsi resepi Shepherd’s Pie


  • Bonda
  • Isnin, 22 Dis 2025

Brooklyn Beckham menunjukkan bakatnya menyediakan Shepherd's Pie dan beberapa menu yang lain di media sosial.

SIAPA sangka, anak sulung legenda bola sepak David Beckham juga hebat di dapur? 

Brooklyn Beckham mencuri tumpuan apabila dilihat tekun menyediakan Shepherd’s Pie, sekali gus membuktikan bakatnya bukan sahaja diwarisi di padang bola. 

Video memasaknya dimuat naik di Instagram miliknya memaparkan Brooklyn memasukkan lima biji kentang ke dalam oven dan memotong bawang serta lobak merah.

BACA LAGI: Tak mahu isteri pandang lelaki lain, suami tergamak siram air panas hingga melecur ketika tidur, mangsa nekad fail saman

BACA LAGI: Suami ugut bayar RM50,000 kalau nak cerai? Peguam jelas hak isteri, bongkar helah pasangan ambil kesempatan

Seterusnya, Brooklyn menumis daging cincang bersama sayur, menambah sos dan rempah, sebelum menutup inti dengan kentang lenyek dan membakarnya sehingga keperangan.

Walaupun Beckham terkenal dengan karier bola sepaknya, bapanya itu juga tidak asing dengan dapur. 

Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Beckham mendedahkan bahawa beliau suka memasak hidangan sederhana untuk keluarga, termasuk pasta dan hidangan barat klasik. 

Malah, beliau pernah mengadakan pertandingan memasak ringan bersama Brooklyn di rumah. 

Namun, bakat kulinari Brooklyn kini menonjol, sehingga peminat menamakan anaknya, Chef Brooklyn.

Sebelum ini, Brooklyn turut memuat naik beberapa video masakan lain seperti sup bawang Perancis (French Onion Soup), Beef Wellington, Pancake Buttermilk dan piza segar (Fresh Pizza) yang menunjukkan kepelbagaian kemahiran memasaknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji bakat masakannya.  

"Tak sangka bapak bola sepak awak ada anak yang boleh masak. Hebat, potongan prosciutto nampak sedap," kata Lara Ms Marbella

"Awak patut ada rancangan masakan sendiri sebab resipi awak memang power!!," Sunny Michel.   Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram