APABILA anak pengasas sebuah organisasi sukarelawan di Pittsburgh, Pensylvania, Amerika Syarikat (AS) Cami Teacoach mencecah tiga tahun, dia mula mencari peluang sukarelawan yang boleh dilakukan bersama.
Antara aktiviti mereka ialah membuat kad valentine untuk warga emas, mengutip sampah semasa mendaki bukit, menuai sayur di taman komuniti dan membuat seed ball dari tanah liat untuk ditanam di hutan.
Teacoach menghubungi banyak organisasi, tetapi kebanyakan menolak.

Sukarelawan bersama anak boleh meningkatkan keyakinan, kemahiran sosial dan penyelesaian masalah. — Gambar hiasan/Freepik
Akhirnya, dia cipta peluang sendiri. Ramai orang kata anak tiga tahun tidak boleh buat aktiviti itu, tetapi dia membuktikan anaknya mampu jika diberi peluang.
Sukarelawan bersama anak boleh meningkatkan keyakinan, mengajar kemahiran sosial dan penyelesaian masalah, serta mengeratkan hubungan keluarga.
Kanak-kanak juga cemerlang dalam aktiviti seperti menyusun baju, membungkus barangan runcit dan menyiapkan tugasan dengan teliti, kadang lebih daripada orang dewasa.
Projek mesra keluarga
Untuk bermula, cari organisasi yang tawarkan projek sukarelawan mesra keluarga dan semak syarat umur.
Libatkan anak dalam memilih aktiviti supaya mereka faham tujuan dan boleh buat keputusan sendiri.
Contohnya, jelaskan tentang orang yang kekurangan makanan atau pesakit di hospital, kemudian tanya anak aktiviti mana yang mereka ingin sertai.
Aktiviti mudah seperti kutip sampah di taman boleh jadi permulaan.
Kanak-kanak yang ingin tahu akan bertanya tentang apa yang dilakukan, dilihat dan dirasa membuka ruang dialog serta kesedaran tentang cabaran masyarakat.
Mereka juga boleh membantu menyusun kotak makanan atau menghantar bantuan kepada yang memerlukan.
Aviva Davis bermula membantu keluarga menghantar Meals on Wheels sejak umur lapan tahun.
Pengalaman itu membuka matanya tentang kehidupan di luar bubble mereka dan mengajar nilai membantu orang kurang bernasib baik.
Kini, pada usia 17 tahun, dia masih aktif menyertai penghantaran makanan bersama ibu bapa setiap bulan.
Tingkah laku anak lebih baik
Apabila tidak dapat cari organisasi yang terima anak kecil, Teacoach menubuhkan VolunTOTs di Pittsburgh.
Kanak-kanak seawal usia tiga tahun boleh sertai aktiviti seperti membungkus 500 kotak barangan runcit, bermain bingo dengan warga emas dan membuat makanan haiwan untuk pusat penyelamat.
Ramai ibu bapa melaporkan tingkah laku anak bertambah baik selepas menyertai aktiviti sukarelawan kerana mereka rasa berguna.
Stephanie Bernaba dan keluarganya memulakan projek Tough Cookies, membakar dan menghantar biskut kepada veteran.
Anak-anak belajar kemahiran sosial, berinteraksi dengan orang berbeza peringkat umur serta mengatasi rasa malu.
Aktiviti ini juga memberi peluang keluarga meluangkan masa berkualiti bersama.
Ibu bapa boleh mengajak rakan atau keluarga lain sertai projek sukarelawan, contohnya menyusun pakaian sumbangan atau memasang pek makanan ringan di rumah.
Bonnie Davis pernah mengubah separuh majlis graduasi anaknya menjadi projek sukarelawan dengan menyediakan kit sup kacang.
Semua pihak untung kerana anak-anak belajar nilai baik sementara keluarga dapat masa berkualiti dan masyarakat turut mendapat manfaat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
