Elak jadi ‘helicopter parents’, risiko jejas skil anak selesaikan masalah


  • Bonda
  • Selasa, 27 Jan 2026

Ibu bapa disarankan untuk mengajar anak menyelesaikan masalah sendiri. — ​​​​​​​Gambar hiasan

MELINDUNGI dan memastikan kesejahteraan anak sememangnya menjadi tanggungjawab besar bagi golongan ibu bapa.

Namun, dalam usaha untuk memberikan yang terbaik, ada kalanya boleh membawa kesan negatif tanpa disedari.

Menurut ahli terapi kanak-kanak, Aisyah Rozalli, helicopter parenting dikhuatiri mampu memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan anak, khususnya daripada segi kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

BACA LAGI: Pelajar usia 13 tahun pecah rekod, cipta pemanas selimut kuasa solar untuk gelandangan, lukisan jadi prototaip

BACA LAGI: Simpan niat dengan suami, guru derma tanah sendiri lebih 7,000 meter bina sekolah

Asian muslim mother wearing hijab calming her sad and crying daughter, single mom and baby girl together

Setiap kanak-kanak perlu diberi ruang untuk belajar berdepan dengan masalah. — Gambar hiasan

Gaya didikan tersebut dikatakan kecenderungan ibu bapa untuk sentiasa membantu atau menyelesaikan setiap cabaran dihadapi oleh anak termasuk perkara-perkara kecil yang sepatutnya menjadi ruang pembelajaran buat mereka.

Beliau turut berkongsi beberapa situasi yang sering dilakukan oleh golongan ibu bapa berkenaan.

"Contoh pertama, anak jatuh basikal, ibu bapa dengan pantas tolong tanpa beri peluang untuk bangun sendiri.

"Kedua, anak lambat pakai kasut, kita cepat tolong.

"Ketiga, anak tak boleh buat tugasan sekolah, kita buatkan atau mesej guru untuk minta pengecualian.

"Keempat, cikgu mengadu anak buat salah di sekolah, anak sedih dan ibu bapa terus marah pada guru. Kemudian, pujuk anak dengan berkata bahawa mereka tidak salah tanpa periksa terlebih dahulu.

"Kelima, anak bergaduh dengan adik-beradik, kita leraikan setiap kali tanpa beri peluang tanpa ada masa yang ajar mereka cara menyelesaikan konflik," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa anak-anak yang sentiasa dilindungi dan diselamatkan daripada masalah berisiko membesar dengan tahap keyakinan diri dan kemahiran berfikir rendah.

Mereka mungkin sukar membuat keputusan, bergantung kepada orang lain serta tidak cekap menangani cabaran apabila dewasa kelak.

Sehubungan itu, ibu bapa disarankan untuk memberi ruang dan kepercayaan kepada anak-anak bagi menyelesaikan masalah mereka sendiri, selagi situasi tersebut tidak membahayakan keselamatan atau nyawa.

Pendekatan itu sekali gus membantu anak membina daya tahan, kemahiran berfikir secara kritikal serta keupayaan menghadapi realiti kehidupan dengan lebih matang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram