Penyanyi rap French Montana terpikat dengan puteri Dubai selepas pengumuman perceraiannya secara terbuka


  • Cinta
  • Isnin, 26 Jan 2026

French Montana mengejutkan ramai apabila disahkan bertunang dengan Puteri Dubai, Sheikha Mahra Mohammed Rashid Al Maktoum.

SIAPA sangka, satu hantaran di laman Instagram jadi permulaan kisah cinta antara penyanyi rap terkenal dunia dan puteri Dubai.

Penyanyi rap terkenal, French Montana mengejutkan ramai apabila disahkan bertunang dengan Puteri Dubai, Sheikha Mahra Mohammed Rashid Al Maktoum iaitu anak kepada pemerintah Dubai dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kisah mereka bermula secara tidak disangka, bukan di majlis mewah atau istana, tetapi daripada satu hantaran Instagram yang tular.

BACA LAGI: Niat nak kurus amal diet karnivor, pempengaruh usia 23 tahun alami masalah buah pinggang serius

BACA LAGI: Konon tanda prihatin, jururawat digantung tugas gara-gara benarkan teman lelaki urus ubat, laporan pesakit

Dalam satu podcast bersama Fat Joe dan Jadakiss, French Montana menceritakan bagaimana dia mula tertarik dengan Sheikha Mahra.

Ketika berada di Dubai, dia terlihat satu hantaran Instagram yang dimuat naik oleh puteri itu pada Julai 2024, iaitu pengumuman perceraian secara terbuka.

“Saya nampak dia umumkan perceraian secara terus terang. Saya terus suka. Bukan semua orang berani buat macam tu,” katanya.

Hantaran itu ditujukan kepada bekas suaminya, Sheikh Mana sebelum diakhiri dengan ayat yang mengejutkan ramai.

“Saya menceraikan awak, saya menceraikan awak dan saya menceraikan awak," kata  Sheikha Mahra. 

Sheikha Mahra sebelum ini berkahwin dengan Sheikh Mana Mohammed Rashid Mana Al Maktoum dan mereka mempunyai seorang anak perempuan.

Menurut Fat Joe, walaupun berasal daripada keluarga diraja, Sheikha Mahra sangat mudah didekati dan tidak berlagak.

Malah, keluarga diraja Dubai disifatkan sebagai baik dan ramah.

Penyanyi rap, Max B pula beranggapan Sheikha Mahra seorang yang ringkas dan ‘down to earth’, selepas puteri itu hadir ke majlis meraikan kepulangannya dari penjara.

Selepas perceraian tersebut, Sheikha Mahra sekali lagi menjadi perhatian apabila melancarkan jenama minyak wangi mewah bernama Divorce.

Tidak lama kemudian, hubungan beliau dengan French Montana mula diketahui umum.

Mereka pertama kali dikaitkan pada Oktober 2024 apabila beberapa gambar mereka bersama di Dubai tersebar.

Pasangan ini kemudiannya tampil lebih terbuka apabila dilihat berpegangan tangan di beberapa acara Paris Fashion Week pada musim panas 2025. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram