RAMAI berasa bangga kerana elak pastri manis di pasar raya dan memilih granola 'semula jadi', yogurt rendah lemak, susu tumbuhan organik atau smoothie 'superfood'.
Tapi jangan mudah tertipu kerana produk berlabel 'sihat' kadangkala tinggi gula tersembunyi.
Profesor neurosains dan psikiatri, Nicole Avena berkata, gula tambahan sukar dikesan kerana pemasaran pintar syarikat.
BACA LAGI: [VIDEO] Gendong bayi ketika maraton, peserta diarah keluar perlumbaan
BACA LAGI: Kisah di sebalik nama restoran ‘Yati & Bedah’, simbol kasih sayang buat mak, ibu angkat

Pengguna dinasihatkan untuk memeriksa label pemakanan sebelum membeli produk berlabel 'sihat'. — Gambar hiasan/Janaan AI
Walaupun sesetengah jenama sihat sedar risikonya, namun banyak jenama besar lain tidak peduli tentang kesihatan orang ramai.
Gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung, obesiti, diabetes dan masalah kesihatan lain.
Menurut American Heart Association, rakyat Amerika Syarikat (AS) secara purata mengambil 17 gram (g) gula tambahan sehari, separuh daripada minuman, manakala selebihnya terdapat dalam bijirin, sos, sandwich, produk tenusu, roti dan kuih bakar.
Untuk kawal gula, periksa label pemakanan.
Sejak 2021, gula tambahan perlu disenaraikan berasingan, tetapi syarikat kerap menggunakan pengganti seperti buah monk atau erythritol yang tidak dikira sebagai gula tambahan.
Pakar dietetik, Collin Popp mengingatkan orang ramai sepatutnya mengambil kurang daripada 10 peratus kalori daripada gula, malah kurang 5 peratus lebih baik untuk mereka yang mempunyai diabetes atau pradiabetes.
Produk yang nampak sihat pun boleh tinggi gula, contohnya kacang panggang, susu tumbuhan, muffin Inggeris dan yogurt Greek.
Satu yogurt black cherry ada 9g gula tambahan setiap hidangan, manakala susu badam pula 7g setiap cawan.
Ambil kawalan sendiri dengan membeli yogurt kosong dan menambah madu atau buah sendiri atau menggunakan susu sendiri dalam kopi.
Pemanis tiruan menurunkan kalori tetapi masih buat otak rasa puas, lalu boleh menyebabkan makan berlebihan.
Kurangkan bergantung pada rasa manis adalah kunci kesihatan.
"Jangan biarkan syarikat makanan tentukan berapa banyak gula yang anda makan," kata Avena. — The Star/ALBERT STUMM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
