'Setiap bulan potong gaji masuk tabung haji', anak kenang jasa bapa sebelum meninggal dunia di Tanah Suci


  • Bonda
  • Jumaat, 23 Jan 2026

Kisah pengorbanan bapa yang sangat menitikberatkan tentang urusan agama. — Threads

KEMATIAN di Tanah Suci dianggap sebagai satu pengakhiran istimewa dan penuh kemuliaan.

Meskipun pemergian itu memberi kesan mendalam namun, tetap menjadi kenangan indah buat seluruh ahli keluarga.

Itulah situasi yang dihadapi oleh pemilik akaun Threads @justbeingmalak, apabila kehilangan bapa tercinta ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

BACA LAGI: 'Larian ibu kepada segala sukan', guru perjelas sebab kejohanan merentas desa wajib di sekolah

BACA LAGI: Paksa walau nangis, penjagaan gigi bayi perlu dimulakan seawal gigi pertama tumbuh — Pakar

 

 

 

Arwah juga dikenang sebagai bapa yang sangat menitikberatkan urusan agama dan masa depan anak-anak.

"Baba mampu hantar saya dan adik ke Makkah sewaktu kami masih muda pada 2019.

"Dia buka akaun Tabung Haji dan daftarkan kami haji, setiap bulan potong gaji masuk akaun tersebut.

"Siap ada baki untuk kami bawa belanja ke sana kira-kira RM4,000 lagi.

"Duit raya kami pun baba tak pernah usik dan memang terus masukkan dalam akaun Tabung Haji," kongsinya.

Katanya lagi, amalan tersebut juga masih diteruskan buat cucu sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Arwah turut dikatakan melakukan pengorbanan luar biasa apabila membelanjakan puluhan ribu ringgit daripada wang simpanan sendiri untuk membawa seluruh ahli keluarga menunaikan ibadah umrah.

"Tetapi, dia pergi tinggalkan kami ketika di Makkah. Sedih, tetapi bangga bila beritahu semua orang baba meninggal di Makkah.

"Dimandikan dan disolatkan dalam Masjidilharam. Imam Makkah pula yang solatkan," luahnya.

Tambahnya, jenazah bapanya turut dikebumikan di Tanah Suci. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram